• Anak-anak ~ Anugerah Terindah

    Dalam seminggu dua ini, agak hangat dibicarakan topik berkenaan Adik Firdaus, remaja OKU yang dikurung oleh ibunya  sendiri. Sebagai ibu, Mek ila percaya ramai di antara kita yang amat tersentuh dengan perkara ini. Walaubagaimanapun, siapalah kita untuk menilai dan menjatuhkan hukuman sendiri walaupun dalam hati sememangnya amat tertanya-tanya mengapa seorang ibu sanggup membiarkan anak yang dikandungnya menderita sebegitu.

    Sebenarnya bukan kisah itu sahaja yang menyentuh hati Mek ila. Bila melihat ada ibu bapa yang kurang penyabar dalam melayan kerenah anak-anak, hati Mek ila juga mudah tersentuh. Anak-anak yang kecil sepatutnya dibimbing, dinasihati dan dikasihani bukan untuk dimarahi, ditengking atau dipukul sesuka hati.

    Mek ila juga asalnya bukanlah seorang yang sangat penyabar. Lahir sebagai anak bongsu dalam keluarga sememangnya menjadikan Mek ila anak yang manja dan tidak pandai melayan anak-anak yang kecil. Namun bila disahkan mengandung dan bakal bergelar seorang ibu, naluri keibuan itu mula muncul sedikit demi sedikit. Bermacam perkara Mek ila pelajari sama ada melalui internet, bertanya pada rakan-rakan dan ahli keluarga dan yang paling utama tentulah pengalaman yang kita lalui sendiri.

    Alhamdulillah, suami juga merupakan seorang ayah yang penyabar dan sangat suka melayan kanak-kanak. Malah suami juga akan menegur sekiranya Mek ila hampir termarahkan anak. Paling tidak boleh lupa ialah bila suami forwardkan kepada Mek ila sebuah catatan/ artikel berkenaan cara mendidik anak-anak. Artikel ini amat menyentuh hati dan sering Mek ila baca bagi mengingatkan diri bahawa anak-anak ini sememangnya anugerah terindah yang perlu kita jaga dan hargai.

    Tidak marahkan anak bukan bermaksud kita memanjakan sebaliknya kami berdua lebih banyak menggunakan pendekatan psikologi seperti teguran dan diikuti dengan penerangan apakah kesalahannnya dan mengapa kami perlu menegur perbuatannya yang tidak betul.

    Alhamdulillah, cara itu boleh dikatakan 90% berkesan pada Arif. 10% lagi biasalah, Arif akan menangis dan membentak apabila moodnya tidak baik. Al maklumlah he is just 4 years old. Kita yang dah berusia sedikit ni pun bukan hampir 100% stabil sepanjang masa kan?

    Mek ila tidak tahu siapakah penulis asal bagi catatan yang diterima ini namun tulisannya benar-benar telah memberi inspirasi dan perubahan yang lebih positif kepada Mek ila. Bila Arif melakukan sesuatu yang agak extreme walaupun telah ditegur beberapa kali Mek ila akan datang dekat Arif dan menciumnya walaupun dalam hati asalnya berbicara ‘ nak kena anak ibu ni’… hihi….

    Mek ila menjadikan ciuman sebagai hadiah kenakalan Arif. Kalau dah tak larat sangat, Mek ila gunakan panduan no 3 tu tapi bukanlah gunakan rotan tapi setakat jentik atau geletek  manja atau acah-acah sahaja dan explain kenapa Arif tak boleh buat perkara tersebut. Mudah-mudahan cara ini juga akan berkesan pada baby Akmal yang nampaknya lebih lincah dan aktif berbanding abangnya…

    Salam Hormat & Jumpa Lagi ~

    (Visited 141 times, 1 visits today)

    Categories: Mendidik Anak

    Tags:

    One thought on “Anak-anak ~ Anugerah Terindah

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge