• Iron Defiency Anemia & Kisah Adik Akmal

    Salam Semua,

    Seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan berkongsi tentang penyakit Iron Defiency Anemia. Seperti yang pernah saya tuliskan di entry yang terdahulu, iron deficiency anaemia merupakan keadaan di mana kita kekurangan zat besi di dalam darah.  Ianya boleh dikesan melalui pengambilan sampel darah yang lebih detail  dipanggil  Full Blood Count. Dalam keputusan ini, Doktor akan melihat nilai haemoglobin dan MCV bagi mengesan iron deficiency anaemia. Secara amnya, kadar haemoglobin kurang daripada 11 g/dL dan nilai MCV kurang dari 80% menunjukkan seseorang pesakit itu mengalami iron deficiency anaemia.

    Baby kes baby Akmal pula, ketika pertama kali mengambil ujian darah semasa terkena penyakit Tangan, Kaki, Kuku dan Mulut (HFMD) di Klinik Kesihatan, Doktor mendapati nilai haemoglobin (HGB) beliau sangat rendah iaitu 8.1 sahaja. Ini menyebabkan Doktor mengarahkan agar ujian darah kali yang kedua diambil tiga bulan berikutnya. Doktor juga mencadangkan agar baby Akmal mengambil susu formula Tinggi Zat Besi atau sirap zat besi sebagai supplemen. Oleh kerana Akmal menyusu susu ibu sepenuhnya, cadangan Doktor untuk mengambil susu formula itu saya abaikan sebaliknya bercadang untuk memberikan Akmal sirap zat besi sekiranya diperlukan.

    Ujian Darah Menunjukkan Nilai Haemoglobin (HGB) Akmal adalah 8.1 sahaja.
    Ujian berikutnya pula dibuat pada tarikh 13.02.2014 ketika Akmal berusia satu tahun. Pada masa ini HGB Akmal hanya naik kepada 9.1 sahaja manakala MCV dan MCH masih lagi rendah. Kedaan ini sebenarnya merupakan simptom kepada kemungkinan penyakit Talasemia. Akmal juga diarahkan untuk mengambil satu lagi ujian darah pada minggu berikutnya dan sample darah ini akan dihantar ke Hospital untuk ujian klinikal darah yang dipanggil Full Blood Count.

     

    Mengambil ujian darah yang berulang kali menyebabkan Akmal fobia apabila berjumpa doktor. Dari jauh dah menangis bila nampak Doktor. Belum lagi termasuk bila kena ambil injection dan lain-lain, hahaha. Doktor pun surrender bila tengok Akmal menangis.

     

    Keputusan Full Blood Count ini  hanya dapat selepas dua bulan. Oleh kerana pihak klinik tidak dapat menghubungi saya melalui telefon, mereka telah datang ke rumah untuk memaklumkan yang Akmal perlu  mengambil ujian darah sekali lagi yang dinamakan HB Analysis. HB Analysis ini adalah ujian untuk Talasemia. Ketika itu saya tiada di rumah dan jururawat yang menyampaikan pesanan siap berkata pada ibu saya ‘ Ini ke baby nya, tengok.. kan putih dia lain macam’?.. Huhuhu.. ucapan jururawat tersebut memang membuat hati Ibu saya bimbang sahaja.

    Sebenarnya ketika mendapati HGB Akmal rendah, saya juga telah beberapa kali mendapatkan nasihat daripada Pakar Pediatrik Az Zahrah, Dr Nazim. Memang dari awal Dr Nazim turut merasakan yang kes Akmal ini hanyalah Iron Defiency Anemia dan bukannya Talasemia. Saya sendiri tidak dapat memastikan kerana saya dan suami  tidak pernah mengambil Ujian Talasemia. Saudara mara terdekat juga tidak pernah menghidapi penyakit ini. Selain Dr Nazim, saya jug ada bertanya pandangan 2-3 orang kawan yang berkerja sebagai Doktor.

    Akhirnya saya dan suami berjumpa dengan Dr Nazim lagi dan berbincang tentang perkara ini. Dr Nazim mencadangkan agar kami berdua yang menjalani ujian Talasemia dan bukannya baby Akmal. Ini kerana jika kami berdua bukan pembawa/ penghidap, sudah pasti baby Akmal juga bukanlah pembawa atau penghidap Talasemia. Kami juga dicadangkan untuk mengambil ujian ini kerana jika Amal yang diuji, keputusan yang diperolehi juga nanti sukar untuk membezakan sama ada Akmal mengalami Iron Defiency Anemia atau Talasemia disebabkan umurnya yang masih kecil dan darahnya juga masih belum matang sepenuhnya.

    Bagi menghilangkan keraguan dan menepis semua kebimbangan tersebut, kami berdua pun mengambil ujian tersebut. Taraa… keputusan result darah juga dapat cepat (dalam seminggu shj) sebab buat di private cuma ongkosnya lah yang perlu disediakan sendiri.  Alhamdulillah kami berdua sihat dan tiada tanda-tanda sebagai pembawa atau penghidap Talasemia.

     Keputusan Ujian Darah Talasemia – HB Analysis
    No evidence of thalassemia, nor of any haemoglobinopathy.

    Akhirnya terjawab sudah semuanya tapi saya dah berjanji dengan Dr di Klinik Kesihatan yang akan benarkan Akmal ambil ujian darah jika diperlukan pada masa yang akan datang bagi  monitor bacaan HB nya. Dalam masa yang sama, saya juga meneruskan pemberian supplemen Zat Besi dan memastikan pemakanan Akmal adalah dari sumber yang kaya dengan zat besi:-)

    (Visited 351 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif, Info Kesihatan, Umum

    Tags: , , , ,

    One thought on “Iron Defiency Anemia & Kisah Adik Akmal

    • […] Kisah baby Akmal lebih menyedihkan lagi apabila paras HB Akmal cuma 8.1 ketika berusia 10 bulan. Ianya dikesan apabila Akmal dijangkiti HFMD dan diarahkan oleh Doktor untuk membuat ujian Darah. Hati ibu mana yang tidak luluh apabila paras HB anaknya yang masih bayi berada di tahap yang membimbangkan. Walaupun dinasihatkan oleh Doktor untuk menambah pemberian susu formula yang kaya zat besi, Mek ila tetap percaya dengan Kebaikan Susu Ibu dan hanya memilih untuk memberikan Akmal supplement syrup zat besi yang diberikan oleh Pakar Kanak-Kanak. Itupun hanya apabila Akmal telah berusia setahun dan ketika itu bacaan HB nya hanya meningkat kepada 8.9. Tahap Hb yang masih membimbangkan. […]

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge