• Kepentingan Kalsium

    Kalsium
    Kalsium merupakah antara mineral yang terbanyak dan terpenting didalam tubuh badan kita. Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yang sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatka karang ginjal. Kalsium juga adalah penting untuk pengecutan otot, pembekuan darah, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam sel.

    Kita perlu memastikan tubuh badan kita mendapat kalsium yang mencukupi untuk keperluan membina tulang dan gigi. Ini bagi mengelakkan kerosakkan tulang pada usia tua kelak yang juga dikenali sebagai osteoperosis.

    Makanan Sumber Kalsium

    Keperluan Kalsium Harian
    Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi. Ianya juga diperlukan di sepanjang hayat bermula daripada bayi hinggalah ke usia tua. Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.  Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.

    Berikut adalah purata keperluan kalsium harian mengikut peringkat umur:-

    1) Golongan dewasa : 1000mg
    2) Golongan remaja  : 1200mg
    3) Ibu Hamil & Berpantang: 1200mg
    4) Ibu menyusu : 1200mg
    5) Warga Emas: 1200 mg
    6) Wanita Putus Haid: 1200-1500mg;
    Sumber kalsium

    Produk tenusu merupakan sumber kalsium yang paling banyak. Contoh produk tenusu yang mengandungi kalsium adalah keju, susu, aiskrim dan yogurt. Walaubagaimanapun kalsium  juga boleh diperolehi daripada sumber bukan tenusu seperti susu soya, ikan bilis, sardin, jus dan sebagainya.

     Kandungan Kalsium Di Dalam Makanan

    Kesan Kekurangan Kalsium

    Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.

     Penyakit Osteoporosis
    Selain itu, kekurangan kalsium juga akan menyebabkan kita:

    • Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
    • Sukar tidur (Insomnia)
    • Usus menjadi lemah dan sering sembelit
    • Sakit pinggang dan kaki
    • Cepat naik angin dan mudah terkejut
    • Luka susah sembuh, darah lambat beku
    • Mengakibatkan masalah sakit sendi  (kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk)
    • Menurunkan kadar metabolisme
    • Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
    • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
    • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin

    (Visited 53 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge