• Kisah Cik Ti – Part 2

    Salam..
    Hai, ada update lagi rupanya tentang Cik Ti.
    Semenjak peristiwa Cik Ti tu, hubby  Mek ila  memang pasang perangkap tikus pada waktu malam dan hasilnya dapatlah seekor. Mek ila ada gambar Cik Ti tu tapi nanti kalau letak gambar sebenar tu di blog, agak-agaknya Cik Ti marah tak? hihi.. gurau sahaja..

    Alang-alang dah bercerita tentang Cik Ti, Mek ila nak juga kongsikan bahaya Cik Ti ni kepada kesihatan manusia. Jangan pandang ringan pada tikus, kerana penyakit yang dibawa oleh Cik Ti amat berbahaya terutamanya  wabak  kencing tikus atau lebih dikenali sebagai Leptospirosis yang sering berlaku di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Apatah lagi Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai iklim khatulistiwa.

    Lestospirosis
    Sumber: Wikipedia, Portal Rasmi Hospital Bukit Mertajam & Portal Konsumerkini.


    Pengenalan
    Leptospirosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria leptospira yang biasanya menjangkiti haiwan seperti Tikus. Lebih mudah lagi, leptospirosis adalah penyakit bawaan yang berpunca daripada air kencing tikus. Ianya merupakan salah satu penyakit yang merbahaya dan boleh berjangkit. Kebanyakan pesakit sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

    Bakteria Leptospira

    Tikus merupakan perumah pertama yang dikenalpasti sebagai pembawa bakteria ini. Leptospirosis kemudiannya merebak kepada manusia secara terus melalui air kencing haiwan ini yang telah dijangkiti oleh bakteria leptospira atau melalui perumah kedua iaitu haiwan mamalia lain seperti anjing, rusa, arnab, tupai dan haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kuda dan kerbau yang telah dijangkiti oleh penyakit ini.Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit.

    Golongan yang berisiko terdedah kepada jangkitan penyakit ini adalah:

    • pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
    • mereka yang melakukan aktiviti rekreasi dalam air seperti mandi dan berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
    • mereka yang terdedah kepada peralatan, makanan atau minuman yang telah dicemari oleh bakteria ini.

    Gejala
    Seseorang yang dijangkiti bakteria leptospira biasanya akan mengalami gejala seperti demam yang tinggi, sakit kepala, sakit otot, muntah dan merah mata. Walaubagaimanapun, terdapat juga pesakit yang tidak mengalami gejala yang disebutkan dan ini menyukarkan diagnosis.

    Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain.

    Penderita Leptospirosis yang parah akan mengakibatkan kepada kegagalan ginjal, kerosakan hati yang mengakibatkan penyakit kuning (jaundice), pendarahan kulit serta boleh mengakibatkan pembengkakan selaput otak (miningitis). Pesakit akan menunjukkan simpton ini dalam tempoh 4-14 hari tempoh matang. Kematian akan berlaku sekiranya pesakit lewat menerima rawatan.

    Langkah-Langkah Pencegahan

    Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Berikut adalah beberapa tips yang boleh diikuti:-

    Untuk individu yang berinteraksi secara langsung dengan pesakit atau haiwan peliharaan :

    1. Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but kedap air apabila bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi untuk dijangkiti dengan Leptospira, terutamanya apabila anda berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.

     2. Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini

    3. Bersihkan diri, tangan dan badan setelah melakukan sebarang aktiviti (mandi, cuci tanga dan kaki);

    4. Cuci tangan sehingga bersih sebelum anda makan.

    5. Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan bakteria tersebut.
     
    Secara umum
    1. Elakkan berenang atau bermain di air yang kotor kerana dikhuatiri tercemar oleh bakteria leptospira. Elakkan juga mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa dan elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan

    2. Tutup luka agar kedap air ketika mengendalikan tanah, air atau lumpur;
    3. Cuci tangan dan tempat makan sebelum digunakan;
    4. Jaga kebersihan lingkungan persekitaran agar tiada genangan air dan jauhkan barang-barang dari tikus.

    5. Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus

    6. Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor.

    7. Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda daripada dijangkiti bakteria Leptospira.

     Image: http://www.njveterinaryblog.com

    Tanda dan ujian pengesanan makmal
    1. Ujian sel darah putih (WBC).
    2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
    3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
    4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
    5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
    6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap, silver stained atau mikroskop floresent.
    7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
    8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
    9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

    Rawatan
    Ubatan Antibiotik seperti Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

    Kesan jangka panjang Leptospirosis

    Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius dan kronik.

    Sebagai kesimpulannya, sama-samalah kita menjaga kebersihan rumah agar Cik Ti tidak datang atau bermaustautin di rumah kita ye kawan-kawan 🙂

     

    (Visited 70 times, 2 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: , , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge