• Kisah Cik Ti Yang Dapat Mendengar :-)

    Hari ini Mek ila terpanggil untuk berkongsi kisah yang berlaku semalam. Asalnya agak menyedihkan, kemudian menjadi lucu dan akhirnya memberikan pengajaran untuk diri sendiri. 

    Mungkin pembaca semua pernah mendengar gelaran nama seperti Cik Ti @ Mak Menti yang diberikan kepada Tikus. Kata orang-orang tua kita dilarang untuk menyebut Tikus @ menceritakan kisahnya secara terus-terang tanpa menggunakan nama samaran ini kerana Cik Ti sebenarnya dapat mendengar apabila kita bercerita tentang dirinya. Benarkah? Oh..

     Gambar Cik Ti versi kartun yang agak comel 🙂

    Asalnya Mek ila  ada membeli 2 bungkus serunding sebagai hidangan untuk menyambut ramadhan dan syawal nanti. Serunding ini dibeli daripada kakak Serunding dan memang Mek ila beli banyak kerana ramai pula kawan-kawan dan saudara mara yang turut memesannya. Serunding ni diambil dari Tumpat, Kelantan dan rasanya memang enak, mungkin kerana proses penghasilannya yang dibuat secara tradisional.

    2 bungkus serunding tersebut Mek ila  simpan di dalam beg dan digantungkan di kerusi. Esok paginya Mek ila dapati serunding tersebut seperti ditebuk dan dapat agak ianya perbuatan Cik Ti. Mek ila  ambil keputusan untuk membuang sahaja serunding tersebut kerana takut ianya telah dicemari oleh najis @ Air Liur Cik Ti walaupun lubangnya hanya sebesar lubang jari kelingking.

    Sembang Sembang Cik Ti

    Petangnya pula Mek ila bersembang dengan rakan. Kawan kata ‘ jangan sebut tau, nanti dia dengar’. Huhu, Mek ila  gelak sahaja kerana menyangka ianya hanyalah gurauan.

    Siap sangka, bangun tidur esoknya susu Arif yang Mek ila letakkan di dalam bekas tupperware telah terbuka dan sekeliling penutup tersebut penuh dengan bekas gigitan Cik Ti. MasyaAllah agaknya Cik Ti memang marah sebab Mek ila bercerita tentang dirinya walaupun hanya menggunakan ayat biasa tanpa nada marah. Mek ila cuma cakap ‘ sampai hati  Tikus tu gigit serunding, dahlah dua-dua bungkus sekali’..kot ye pun,tinggalkanlah satu.. hahaha

    Gambar Ihsan Google. Tak sempat nak ambil gambar tutup tupperware tu sebab dah buang terus

    Haha, bila Mek ila cerita balik pada Ibu, dia pun ketawa. Tapi dalam ketawa tu Mek ila  dapat simpulkan bahawa setiap makhluk Allah ni punya keistimewaan. Walaupun Cik Ti hanya haiwan yang sering dianggap tidak bersih dan membawa penyakit, rupa-rupanya dia juga mempunyai kelebihan yang boleh mendengar apabila orang bercerita tentang dirinya. Kebetulan @ memang kenyataan, hanya Allah yang mengetahuinya 🙂

    (Visited 109 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge