• Mencari Yang Halal Itu Fardhu ~


    Topik Halal sememangnya satu isu yang perlu kita titikberatkan sebagai pengguna Islam. Lebih-lebih lagi pada masa kini terdapat banyak isu yang melibatkan tentang penipuan atau pemalsuan logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.
    Produk halal yang menjadi keutamaan saya tentulah makanan  terutamanya makanan basah seperti mee kuning, kuetiau, fish ball dan sebagainya. Ketika saya tinggal di Sungai Merab dulu ada sebuah kedai runcit yang menjual mee kuning, kuetiau, fish ball dan sebagainya yang dikeluarkan oleh peniaga Muslim. Jadi memang mudah untuk mendapatkan stok terutamanya mee kuning yang menjadi kegemaran Arif dan kami sekeluarga. Istimewanya mee kuning yang dibuat ini, ianya kurang kandungan kapurnya dan boleh dikatakan tidak berbau langsung cuma tempoh jangka hayat mee ini adalah sekitar 3-5 hari sahaja.
    Apabila berpindah ke Semenyih, stok mee kuning bumiputra ini sukar untuk saya dapatkan. Jika ada sekalipun cuma mee kuning Hajah Che Halimah Omar di mana kedai yang menjualnya agak jauh dari pekan Semenyih.
    Mee Kuning Halal Hjh Che Halimah Omar

    Survey punya survey, rupa-rupanya di pekan Semenyih ada kedai bumiputra yang menjual harga mee kuning dan kuetiau ini dengan harga yang sangat murah iaitu RM1 sebungkus sahaja untuk mee kuning. Kedai yang saya maksudkan ialah Mama’s Choice Bakery Ingredients yang terletak di Semenyih Sentral. Pemilik Kedai ini ialah Puan Yana.
    Mama’s Choice Bakery Ingredient Semenyih

    Mee Kuning yang dikeluarkan oleh Mama’s Choice ini ada 3 jenis rasanya iaitu Mee Kuning, Mee Carrot dan Mee Bayam. Saya dah cuba mee kuning dan mee carrot, memang sedap. Mee bayam je belum dapat cuba lagi sebab stoknya jarang-jarang ada. Jom kita layan gambar Arif makan mee ni 🙂

     Nyum nyum sedapnya 🙂
    Bercakap tentang logo halal pula, Logo halal JAKIM/JAIN/MAIN yang sah ialah seperti di bawah.
    Penerangan Logo Halal JAKIM
    • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
    • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
    • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
    • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
    • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

    Jadi diharapkan kita semua berhati-hati dengan logo ini kerana adakalanya banyak pihak yang menggunakan logo halal yang seakan sama bagi mengabui mata pengguna muslim.

    Selain logo Halal ini, JAKIM turut mengiktiraf logo halal JAKIM yang dikeluarkan oleh badan-badan Islam di luar negara. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

    (Visited 263 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Tentang Semenyih

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge