• 3 Tips Berbuka Puasa Supaya Kekal Cergas Sepanjang Ramadhan ~

    Ahlan Wah Sahlan Ya Ramadhan ūüôā

    Alhamdulillah, hari ini hari ke-2 kita berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ini. Bulan Ramadhan sememangnya bulan yang penuh keberkatan dan sentiasa dirindui oleh hamba-hambaNya yang soleh dan solehah.

    selamat-berpuasa-ramadhan

    Beberapa minggu sebelum Ramadhan, Mek ila ada menerima catatan whatsapp bertajuk ‘Kuliah Puasa Dari Sudut Kesihatan’ yang intipatinya amat menarik dan ingin Mak ila kongsikan di sini. Mudah-mudahan, kita semua akan mendapat sedikit ilmu dan manfaat daripada catatan tersebut. Untuk makluman, ayat-ayat catatan tersebut tidak diubah sepenuhnya bagi mengekalkan maksud yang disampaikan.

    ‘Bulan Ramadhan sering dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan ‘ sedangkan Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki dan bulan membaiki institusi keluarga.

     

    Mengikut kajian, antara  kesilapan besar dalam berpuasa ialah:-
    1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa.
    Nabi Muhamad SAW berbuka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi potasium seperti makanan bergula perang dan bukan bergula putih) dan air kosong. Dikatakan berbuka puasa bukan untuk perut tetapi untuk memberi tenaga kepada  hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara ialah elakkan hidang makan malam di depan mata semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari  tidak akan berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
    Cara yang betul ialah berbuka puasa dengan kurma & sedikit makanan ringkas, terus solat maghrib. Selepas solat barulah kita makan malam/berat.
    2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya juga menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang tidak kita perlukan.Sebagai contoh, Mek ila teringat kisah Upin & Ipin yang sangat seronok di bazar Ramadhan hingga membeli semua jenis ayam yang ada. Sudahnya ayam-ayam tersebut tidak dapat dihabiskan dan akhirnya berlaku pembaziran.
    Upin & Ipin yang menjadi favourite anak-anak

     

    3. Jangan lewatkan solat maghrib.
    Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang  dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar!

    4. Selepas solat maghrib, sel sudah pun mendapat tenaga. Terus makan malam dan kita akan dapat makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.Berdasarkan catatan tersebut, kita sememangnya digalakkan berbuka puasa dengan kurma & makanan ringkas yang lain. Sejurus selepas itu, kita disarankan untuk segera menunaikan solat maghrib  dan barulah kembali untuk menikmati makan malam yang sederhana  dan tidak berlebihan. Seterusnya kita bersiap-siap pula untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat isyak dan terawikh secara berjemaah.Sebenarnya banyak lagi yang terdapat di dalam catatan tersebut. Namun cara makan ketika berbuka ini sememangnya sangat bagus untuk kita amalkan. Mek ila percaya sebelum ini ada juga di antara kita yang terus berbuka puasa dengan makan makanan yang berat. Akibatnya badan akan terkejut, letih, mengantuk dan seterusnya amat sukar untuk kita bersolat apatahlagi untuk menunaikan solat sunat terawikh.

    Akhir sekali, Mek ila kongsikan Adab  Berbuka Puasa yang ringkas dan padat daripada JAKIM

     Adab Berbuka Puasa

    Mudah-mudahan ramadhan kali ini akan membawa lebih banyak keberkatan, rahmat & hidayah kepada kita semua. Amin.

    (Visited 217 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: ,

    One thought on “3 Tips Berbuka Puasa Supaya Kekal Cergas Sepanjang Ramadhan ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge