• Vitamin Shaklee Pertama Saya

    Entry saya pada kali ialah tentang produk Shaklee pertama yang saya beli ketika menjadi ahli. Bila sampai je barangnya memang rasa tak sabar nak buka dan menggunakannya terlebih dahulu sebelum saya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dan juga pembaca blog saya.

    Inilah dia pesanan saya yang pertama. Nak tahu apa yang saya beli? Banyak tak? Nampak macam banyak tapi pesanan ni cuma untuk saya, suami, anak yang sulung dan juga untuk ibu tercinta saya.


    Product Code
    Product Name
    Quantity
    10128
    OsteMatrix
    10131
    Vita Lea Iron Formula
    10236
    OmegaGuard
    10620
    GLA Complex
    10621
    Chewable Vita-C Plus 100m
    11003
    ESP Soy Protein Isolate P
    20496
    Performance – Natural Ora
    03EB05
    FOC OPP.KIT ENG/BM W/O APPS.FORM
    Yay! Vitamin Shaklee Pertama Saya !

    Vitamin Untuk Saya 
    Saya memilih gabungan Vitalea (multivitamin) , OsteMatrix (kalsium) dan GLA Complex untuk supplemen harian saya. Sejujurnya apabila usia makin meningkat ni, saya mula terasa badan agak letih-letih dan kadangkala sakit belakang selepas seharian bekerja. Lebih-lebih lagi saya masih menyusukan sepenuhnya anak ketiga yang baru sahaja berusia 1 tahun 4 bulan.  Kata orang bila malam menjelma je, mulalah mata mengantuk dan dah tak larat. Bila menyusukan si baby, memang selalunya saya akan tertidur sekali. Saya juga ada mengalami sindrom PMS yang agak menyakitkan dan kurang teratur setiap bulan,  jadi GLA Complex adalah supplemen yang sangat sesuai untuk membantu mengatasi masalah ini. Penggunaan Ostematrix + GLA Complex membantu mengurangkan kesakitan sewaktu haid dan menstabilkan hormon. InsyaAllah bila hormon dah stabil, secara tidak langsung akan memberikan kesan yang maksima kepada masalah yang lain.

    Vitamin Untuk Saya 🙂


    Vitamin Untuk Hubby
    Untuk Hubby, saya memilih OmegaGuard, ESP dan juga Drink Performance.  Jangan tak tahu, walaupun ESP dan Drink Performance ini adalah untuk hubby, saya juga akan sama  menggunakannya. Kata orang 2 dalam 1. ESP & Drink Performance amat sesuai sebagai penambah tenaga dan sangat sesuai diamalkan ketika bulan Ramadhan ini. Saya memilih Omega khusus untuk suami bagi kesihatan jantung di mana suami baru sahaja pulih daripada jangkitan kuman di bahagian jantung pada awal tahun ini. OmegaGuard juga mengandungi DHA & EPA yang amat bagus untuk menggalakkan fungsi otak dan memberikan kecerdasan kepada minda.

     Moga-moga encik hubby dapat berpuasa dengan cergas dan bertenaga pada tahun ini.

    Vitamin Untuk Si Manja Arif
    Untuk Arif,  saya belikan Chewable Vita-C Plus sebagai  supplemen harian beliau. Sebelum ini pun Arif memang makan vitamin C tetapi dari jenama yang lain. Agak mudah untuk Arif makan vitamin C ini kerana ianya seperti makan gula-gula. Selain Vitamin C ni juga saya ada bagi Arif supplemen dari jenis yang lain iaitu Virgin Coconut Oil. 

    Vitamin Untuk Ibu
    Untuk Ibu saya belikan Ostematrix. Ibu saya sebenarnya mengalami masalah sukar untuk tidur sejak setahun yang lalu. Pelbagai rawatan telah beliau dapatkan tetapi masalah ini masih berlanjutan. Kadangkala ibu hanya dapat tidur sekejap-sekejap terutamanya di waktu siang. Memang sedih bila tengok ibu saya keletihan bila tidak dapat tidur yang mencukupi. Kenapa saya pilih Ostematrix? Sebab bila saya baca, tanya pada mereka yang lebif arif dan google, susah tidur atau imsonia sering dikaitkan dengan kekurangan kalsium dan magnesium di dalam tubuh. InsyaAllah, entry berkenaan Ostematrix ini akan saya buat di masa yang lain. 

    Selepas ini, saya akan orderkan Vivix pula untuk Ibu. Mudah-mudahan masalah tidur Ibu saya akan berkurangan. Sesungguhnya memang tiada apa yang lebih membahagiakan selain daripada melihat Ibu saya sihat dan ceria seperti biasa. Amin.



    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

     

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567
    Blog: http://raikankasih.blogspot.com

    (Visited 16 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge