-
Awasi Bahaya Demam Denggi Di Musim Perayaan Ini ~
Salam semua..
Untuk makluman pembaca semua, kes atau penyakit demam denggi semakin menunjukkan peningkatan di Malaysia hingga boleh dianggap berada di tahap yang membimbangkan. Pada hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang penyakit denggi ini dan langkah-langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan bagi mengelakkan penularan penyakit ini terutamanya di musim perayaan ini.
Sumber: Portal I-Dengue
DEMAM DENGGIMerupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).Nyamuk AedesVirus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.Tanda-Tanda Demam Denggi
1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2. Bintik merah pada kulit
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5. Hilang selera makan
6. Muntah-muntah
7. Sakit perut
8. Rasa pahit pada lidah
9. Lemah dan tidak bermayaBagaimana Demam Denggi Berjangkit?
1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggiBagaimana Cara Untuk Mencegah Denggi?Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
- Lindungi diri dan keluarga dari gigitan nyamuk.
- Gunakan ubat nyamuk.
- Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.
- Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
- Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
- Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
- Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari. Semakan lokaliti wabak denggi boleh dibuat di laman ini.
- Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
- Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
- Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
- Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Abate 1.1G
Abate 1.1G adalah ubat yang digunakan untuk membunuh jentik-jentik.Abate 1.1G boleh diperolehi di rangkaian pasaraya dan farmasi Giant, Warta Ever Rise (Sarawak), AEON/Apex, Tesco,Mydin, Sunshine, Guradian dan kedai perkakasan berhampiran anda.Ikuti langkah-langkah & panduan pencegahan demam denggi sebelum, semasa dan selepas beraya yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor ini.
Untuk mengetahui kawasan wabak denggi yang berhampiran anda, sila lawati Portal I-Dengue di alamat ini.
Salam AidilFitri & Mudah-mudahan kita semua dijauhi daripada penyakit ini, InsyaAllah!
(Visited 1,061 times, 1 visits today)Vitamin Shaklee Untuk Pesakit Apendiks Vivix & Kecantikan
- Lindungi diri dan keluarga dari gigitan nyamuk.
Awasi Bahaya Demam Denggi Di Musim Perayaan Ini ~
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.
- Dulu Terlantar 6 Bulan Lebih, Pesakit Slip Disc Kronik Kini Makin Sihat dan Boleh Bekerja
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
Komen Terkini
- Aziz on Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
- Muslimah on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Kauthar mohd on Terseksa Sebab Migrain? Atasinya Dengan Set Migrain Shaklee
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (82)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
Wow!! Best Sangat!