• Biskut Raya Simple – Biskut Jejari Coklat

    Sebut je pasal raya, pasti  kita dah terbayang hidangan hari raya, baju raya dan sudah semestinyalah kuih raya kan?

    Bab kuih raya ni Mek ila biasanya membeli je sebab tangan ni tak berapa pandai nak mengadun dan menerap. Beberapa tahun yang lalu, pernah juga Mek ila buat cookies sendiri sebab en hubby request. Malangnya tak menjadi huhu 🙂

     Erm.. nampak enak dan menyelerakan biskut raya D’Hearty ni ~

    Oleh sebab Arif dah besar dan memang pandai request nak buat biskut  raya sendiri, Mek ila pun mencari idea bagaimana nak buat kuih raya yang simple tapi sedap. Paling penting sedap di mulut Arif dan anak-anak saudara yang lain. Mereka pun boleh sama-sama tolong buat biskut ni. Hasilnya memang nyum-nyum sebab lepas buat je ianya dah habis dimakan sampaikan nak ambil gambar pun tak sempat. Hujung minggu ni nanti baru buat lagi. Mek ila namakan biskut ini ‘ Biskut jejari Coklat’.

    Nota
    Resepi Biskut jejari ni ditujukan khas pada mereka yang memang tak pernah buat biskut raya atau memang tak reti buat biskut raya seperti saya sahaja tau 🙂

    Bahan-Bahan
    1. Biskut jejari – boleh dibeli secara timbang kilo di kedai biskut/pasaraya.
    2.Coklat masakan @ dark compound chocolate yang telah dicairkan. Mek ila guna dark compound jenama Selborn.
    3. Hiasan – boleh guna chocolate rice, badam atau  coklat berwarna

    Cara-cara mencairkan coklat.
    1. Potong coklat kecil-kecil
    2. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil. Double boil tu maksudnya kita tak cairkan coklat secara terus atas dapur. Kena kena gunakan dua periuk/kuali. Sebagai contoh Mek ila gunakan kuali yang diisi air. Di atas kuali Mek ilaletakkan periuk yang digunakan untuk mencairkan coklat.

    Contoh kaedah double boil

    2. Pastikan api kecil dan wap air tidak masuk ke dalam coklat. Nanti coklat rosak bila terkena air. Sentiasa kacau coklat bagi memastikan cairan yang sekata. Tutup api

    Seterusnya adalah cara untuk menyiapkan biskut yang super sedap tadi. Gambar di bawah adalah bahan-bahan yang akan kita gunakan.

    1. Ambil sebatang biskut dan celupkan ke dalam coklat – boleh celup separuh bahagian atau 3/4 biskut.
    2. Seterusnya tabur coklat rice ke atas biskut tadi.
    3. Keringkan biskut tadi sebentar di dalam peti ais dan siap untuk dimakan.

    Yang Arif pula tak sempat tunggu kering dah masuk dalam mulut. Hihi.. Ibunya pun sama 🙂

    Ini cuma idea yang simple sahaja, bagi yang kreatif pula bolehlah menggunakan hiasan yang lebih superb seperti gambar di bawah.

     Biskut Jejari Coklat Oreo
    Biskut Jejari Colat Double Choc – disalut dengan coklat berwarna seperti pink atau hijau.
    Biskut Jejari ColatBersalut Badam
    So, tahun ni bolehlah kita makan biskut raya buatan sendiri ye kawan-kawan. Jadikan juga ia aktiviti yang menyeronokkan dengan anak-anak kita 🙂

     

    (Visited 13,657 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif, Resepi Simple Sedap

    Tags: , ,

    One thought on “Biskut Raya Simple – Biskut Jejari Coklat

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge