• Cara Atasi PMS dan Masalah Senggugut Pada Wanita

    Salam semua.

    Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang masalah PMS ( Premenstrual syndrome) dan senggugut yang sering dialami oleh kaum wanita. Apakah yang dimaksudkan dengan PMS dan apa pula bezanya dengan senggugut?

    Secara ringkasnya Premenstrual syndrome (PMS) ini adalah sindrom  yang dihadapi oleh wanita beberapa hari atau seminggu sebelum kedatangan period. Antara yang dialami adalah emosi yang tidak stabil, berpeluh, muka dinaiki jerawat, tertekan, keletihan yang ketara, insomnia, lebih banyak berdiam diri dan yang paling ketara ialah meningkatnya selera makan. Semua ini terjadi disebabkan perubahan hormon yang berlaku mengikut fasa kitaran wanita. Dijangkakan hampir 80% daripada wanita akan menghadapi PMS sama ada disedari ataupun tidak.

    Senggugut pula adalah kesakitan atau permasalahan yang dihadapi oleh wanita semasa kedatangan period terutamanya dalam tempoh 3 hari yang pertama. Antara yang dialami ialah sakit dan rasa tidak selesa di bahagian pinggang dan ke bawah, kurang selera makan, sakit belakang, betis dan tumit kaki, insomnia dan tertekan. Wanita yang menghadapi senggugut juga biasanya dikaitkan dengan beberapa masalah lain seperti anemia disebabkan kehilangan banyak darah ketika menstruasi itu. Kebiasaannya senggugut bergantung pada kitaran normal yang dilalui oleh seseorang itu dan juga keturunannya.

    Kitaran Haid Wanita – Sumber Wikipedia

    Bolehkah PMS dan Senggugut ini diatasi?

    Berikut adalah beberapa panduan yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah PMS dan senggugut.

    1. Kaum wanita digalakkan untuk memahami proses kitaran haid mereka bagi tujuan memahami masalah yang sedang dan akan mereka hadapi. Apabila mereka memahami tentang perubahan emosi dan fizikal yang bakal dialami pada kedua-dua fasa ini, lebih mudah bagi mereka untuk mengawal perubahan emosi dan fizikal  yang bakal berlaku dan dapat menanganinya dengan lebih bijak.

    2. Dikatakan bersenam adalah cara terbaik untuk mengadaptasikan perubahan yang berlaku ketika PMS dan senggugut. Dengan bersenam juga perubahan emosi dan sensitiviti dapat dikurangkan.

    3. Ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.  Mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap boleh mengatasi masalah perut yang tidak selesa. Selain menjaga pemakanan, elakkan pengambilan caffein yang tinggi dan minuman sejuk (berais). Minum air masak yang banyak kerana wanita akan kehilangan cecair/darah antara 60 hingga 200 mililiter semasa kedatangan haid.

    4. Makan makanan yang kaya dengan sumber kalsium seperti keju dan susu. Lebihkan juga pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber vitamin dan mineral. Pengambilan vitamin tambahan yang bersesuaian terutamanya kalsium adalah digalakkan bagi menampung kekurangan kalsium di dalam badan ketika kedatangan haid.

    5. Dapatkan juga rehat dan tidur yang mencukupi. Apabila cukup rehat, badan juga akan menjadi lebih segar dan cergas.


    Khasiat Vitamin Shaklee

    Berikut adalah kombinasi vitamin Shaklee yang boleh diambil untuk membantu mengatasi masalah PMS dan Senggugut.

    Ostematrix 
    Salah satu punca PMS adalah kekurangan kalsium dan magnesium di dalam badan.Ostematrix membantu membekalkan kalsium dan magnesium di dalam badan. Sebelum haid bermula,paras bekalan kalsium menurun dan menyebabkan emosi tidak stabil,murung dan masalah kejang otot perut dan lain-lain. Pengambilan Ostematrix ini dapat melegakan dan mengurangkan kesakitan berkenaan dan membekalkan keperluan zat magnesium dan kalsium berkenaan.

    GLA Complex
    Apabila seseorang mengalami senggugut ini, ia melibatkan kekejangan otot rahim.Ada kajian mengatakan keadaan ini adalah disebabkan oleh kekurangan GLA (Gamma Linolenics Acids).Pengambilan GLA ini dapat memenuhi keperluan badan kerana GLA Complex mengandungi pati biji borage yang merupakan zat terkaya bagi GLA semulajadi dan memberi kelegaan dan meringankan simptom senggugut.

    B Complex 
    B Complex yang  kaya dengan pelbagai jenis vitamin B dapat membantu mengurangkan rasa tertekan dan stress. Ia juga membantu menambahkan aliran oksigen dan menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.Vitamin B5, B6 dan B12 yang terdapat dalam B complex dapat meringankan tekanan, menghindarkan masalah anemia dan terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.

    Jom kita tengok testimonial daripada salah seorang pelanggan saya yang sebelum ini menghidapi masalah PMS dan Senggugut yang agak teruk. Alhamdulillah saya turut berasa gembira kerana dapat membantu beliau menangani masalah kesakitan yang telah dialaminya sejak bertahun-tahun lamanya. Katanya sebelum ini sindrom PMS nya agak teruk dan biasanya dalam seminggu beliau akan mula sakit pinggang, perut tidak selesa dan biasanya sehari sebelum period, simptom itu akan menjadi lebih teruk seperti cirit birit, kembung dan pening-pening. Itu belum termasuk lagi jerawat yang tumbuh di mukanya. Kali ni tanpa sebarang simptom, tengok-tengok dah period.

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

     

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567
    Blog: http://raikankasih.blogspot.com.

    (Visited 104 times, 1 visits today)

    Categories: Set Vitamin Shaklee

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge