• Chewable Vita-C Plus ~

    Dalam Entry yang lepas, saya telah menceritakan  tenyang kebaikan Vitamin C di dalam diet harian kita. Sila klik di sini untuk membacanya.

    Vitamin C sememangnya memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.




    Apakah perbezaan kandungan di  antara Vita-C 100mg dan Sustained Released 500mg? Jom kita tengok 🙂

    CHEWABLE VITAMIN C PLUS 100MG

    VITAMIN C PLUS SUSTAINED RELEASE 500MG

    Kandungan
    Mengandungi Vitamin C Plus [100mg]
    Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex – 24.00mg
    (provide 2.0mg Hesperidin)
    (Provide 2.0mg Lemon Bioflavonoids)
    (Provide 1.50mg Orange Biofolavonoids)
    (Provide 0.50mg Grapefruit Bioflavanoids)

    # Rose Hips Powder – 40.00mg


    Mempunyai Vitamin C – 553.00mg
    Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex – 120.00mg


    Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg) mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin c yang hebat). Ia juga dikatakan sebagai ‘stomach tonic’ kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.


    Cara Tindakan & Kelebihan Chewable Vita-C 100mg dan Vita-C Plus 500mg



    CHEWABLE VITAMIN C PLUS 100MG

    VITAMIN C PLUS SUSTAINED RELEASE 500MG

    Cara Tindakan
    Vitamin C berbentuk kunyah.

    Setiap tablet kunyah mempunyai kepekatan 100mg Vitamin C. Ianya diberi nama ‘Chewable’ kerana ianya perlu dikunyah seperti gula-gula.

    Apabila kita mengunyah Vitamin C jenis ini, air liur akan membantu menghadamkan Vitamin C tersebut dan seterusnya membolehkan ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil.


    Kajian menunjukkan mengunyah Vitamin C dalam dos yang kecil beberapa kali sehari adalah lebih berkesan untuk penyerapan berbanding mengambil sebiji Vitamin C dalam dos yang besar sekaligus!


    Vitamin C berbentuk tablet.

    Setiap tablet mempunyai kepekatan 500mg Vitamin C. Ianya diberi nama ‘Sustained Release’ kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan 1.5 Vitamin C buah secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan.

    Ujian klinikal menunjukkan Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam! Dengan kata lain, 2 tablet Vitamin C boleh melindungi badan kita selama sehari suntuk!

    Berbanding dengan tablet yang tidak diperbuat daripada teknologi ‘Sustained Release’, Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut.


    Kelebihan/ sesuai Untuk
    Rasa lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.

    Lebih mudah dikunyah.

    Lebih sesuai untuk seisi keluarga.
    Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dosnya  bersesuaian untuk kanak-kanak.
    Sesuai  untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan.

    Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalamanseperti gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai masalah menelan tablet.

    Lebih sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancongdan sebagainya. Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk dimakan.

    Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah adalah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan. 

    Sesuai untuk individu yang tiada masalah menelan.

    Tidak perlu ambil berulang kali.
    Dengan formulasi ‘Sustained Release’ ataupun ‘Pelepasan Masa’.


    Berdasarkan jadual di atas, kita boleh melihat mana satu Vitamin C yang sesuai untuk keperluan kita 🙂

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

     

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567
    Blog: http://raikankasih.blogspot.com


    (Visited 59 times, 1 visits today)

    Categories: Produk Shaklee

    Tags: , ,

    One thought on “Chewable Vita-C Plus ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge