• Keistimewaan Susu Ibu – Bagi Ibu Berkerjaya

    Salam semua..
    Pada kali ini saya akan menyambung kembali entry berkenaan keistimewaan susu ibu- khusus untuk ibu-ibu yang bekerjaya. Boleh tengok semula tentang entry pertama keistimewaan susu ibu di sini. 

    Ada kalanya mungkin timbul persoalan di minda terutamanya bagi ibu-ibu yang baru. ‘Saya ini ibu yang bekerjaya, bolehkah agaknya saya menyusukan anak saya sehingga  2 tahun?

    Jawapannya adalah : BOLEH!

    Dengan adanya ilmu, keazaman, disiplin dan peralatan yang mencukupi, ibu-ibu Berkerjaya BOLEH menyusukan anak-anak mereka SEPENUHNYA.
    Walaupun ianya bukan sesuatu yang mudah, ianya juga tidak mustahil untuk dilaksanakan.

    Terdapat pelbagai buku panduan penyusuan yang boleh kita perolehi di pasaran. Khidmat nasihat penyusuan juga boleh diperolehi secara percuma di Klinik-Klinik Kesihatan yang berhampiran. Dengan menggunakan teknologi carian di internet, kita juga boleh memperolehi pelbagai tips penyusuan yang dikongsikan oleh ibu-ibu yang lain. 

    Mari kita lihat tentang sebahagian kisah-kisah kejayaan ibu berkerjaya yang berjaya menyusukan anak-anak mereka.

    Kisah Pertama
    Artis: Bunga Citra Lestari.
    Dikatakan sebagai antara artis  terkaya di Indonesia, bunga Citra Lestari tetap memilih untuk menyusukan anaknya  dan telah berjaya menyusukan anaknya selama 2 tahun penuh. Kesibukan shooting, menghadiri persembahan dan undangan ke sana sini tetap tidak mematahkan semangatnya untuk fully breastfeed. Sejujurnya saya sendiri sangat teruja membaca kisah kejayaannya di dalam majalah Wanita ini.

    Kisah Kedua
    Juruterbang ATM: Kapten Siti Suraida Mazlan
    Juruterbang wanita ATM ini juga turut memilih untuk penyusuan susu ibu sepenuhnya walaupun hampir keseluruhan masa kerjanya dihabiskan di dalam kapal terbang.

    Kisah Ketiga
    Ahli Politik: Nurul Izzah
    Nurul Izzah merupakan salah seorang ahli politik muda yang memang dikenali ramai. Walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai ahli politik, beliau turut memilih untuk penyusuan ekslusif.

    Kisah Keempat
    Pramugari MAS: Aini Wardiah
    Pramugari MAS ini turut memilih penyusuan ekslusif walaupun terpaksa berpisah dengan anaknya berminggu-minggu dan adakalanya hingga berbulan kerana tuntutan kerjayanya. Baginya hanya susu ibu yang dapat menghubungkan beliau dan anaknya di saat mereka terpisah buat beberapa ketika. Subhanallah!

    Jadi, marilah kita renungkan kembali. Andainya kita ibu- ibu yang bekerjaya, adakah tugasan kita ini lebih sukar daripada mereka semua hingga kita patah semangat untuk menyusukan anak-anak kita?

    Sebenarnya memang akan ada saat-saat yang sukar di dalam penyusuan, akan ada saat-saat yang cemas dan mengerikan, juga mungkin akan ada juga saat-saat yang akan membuatkan kita berputus asa untuk meneruskan penyusuan.

    Andai itu berlaku, kuatkanlah semangat, kembali  mengingati niat dan tujuan kita menyusukan anak – untuk memberikan yang terbaik kepada mereka dan sentiasa berdoa agar segalanya dipermudahkan oleh Allah.

    Kepada para bapa pula, sentiasalah memberikan sokongan kepada isteri tersayang agar mereka tetap bersemangat untuk menyusukan anak-anak.

    Last but Not Least
    Because

    Saya sertakan juga sedikit kenyataan akhbar tentang kebaikan susu ibu bagi menyemarakkan kembali semangat ibu-ibu semua. Enjoice !

    Love;
    iLa Fyra

    (Visited 98 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags:

    One thought on “Keistimewaan Susu Ibu – Bagi Ibu Berkerjaya

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge