-
Kenali Penyakit Kencing Manis & Vivix Shaklee – Part 1
Salam semua,
Pada hari ini saya akan berkongsi tentang penyakit lencing manis atau diabetes mellitus yang merupakan salah satu penyakit kronik di dunia dan Malaysia khususnya. Daripada kajian, didapati 1 daripada 7 orang dewasa di Malaysia menghidap Diabetes.
Apakah Dia Diabetes?Diabetes terjadi apabila tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ini terjadi apabila Pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau apabila badan menjadi rintangan terhadap insulin.Bagaimana Diabetes Boleh Berlaku?Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.Terdapat dua jenis diabetes utama:- Jenis 1 – “Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)
- Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
- Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
- Berpunca daripada sistem auto-imun dimana sistem pertahanan badan diri menyerang pankreas dan menghapuskan keupayaan badan untuk menghasilkan insulin.
- Jenis 2 – “Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)
- Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
- Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
- Berpunca apabila insulin tidak berfungsi dengan baik, dengan itu organ tidak berupaya menurunkan kadar glukosa darah dengan berkesan sehingga menyebabkan peningkatan kadar glukosa dalam darah.
Diabetes Semasa Hamil
Diabetes yang terjadi sewaktu hamil digelar “Gestational Diabetes Mellitus”(GDM) dan biasanya hilang selepas bayi dilahirkan. Ia disebabkan oleh hormon semasa mengandung atau kekurangan insulin.
Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.Walaubagaimanapun, penghidap diabetes masih masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif. Kawalan diabetes yang baik membolehkan kita mengawal tahap gula dalam darah hingga menghampiri tahap normal.
Jenis DiabetesRawatanKawalanJenis 1- Insulin
- Permakanan yang seimbang dan sihat
TiadaJenis 2- Pemakanan yang sihat dan seimbang
- Selalu bersenam
- Ubat secara oral/insulin (jika perlu)
- Pemakanan yang sihat dan seimbang
- Selalu bersenam
- Kekalkan berat badan yang normal
PEMAKANAN
Pengawalan pemakanan adalah penting dalam rawatan dan kawalan diabetes. Makanan yang patut dimakan adalah bergantung kepada berat badan anda, umur, aktiviti, pekerjaan dan tahap penyakit diabetes anda. Pemakanan haruslah seimbang, iaitu ia harus mengandungi semuanutrien yang diperlukan oleh badan supaya dapat mengekalkan kesihatan dan membekalkan tenaga untuk aktiviti harian.Pemakanan yang seimbang harus mengandungi karbohidrat (contoh: nasi, roti, ubi), protein (contoh: daging, ikan, telur, kekacang, susu), lemak (contoh: Minyak kelapa sawit, mentega) vitamin dan garam galian (contoh: buah-buahan, sayuran). Makanan yang kaya dengan kaborhidrat mengandungi gula dan kanji harus diambil secara rambang. Kurangkan makan makanan yang mengandungi lemak seperti mentega, minyak kelapa, makanan yang digoreng, berlemak (kari) dan lain lain. Pesakit diabetes harus mengekalkan berat badan yang ideal.Bagi yang mempunayi berat badan berlebihan, anda dilarang mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.
Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂
JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!
(Visited 351 times, 1 visits today)Gigi Pertama Bayi ~ Kenali Penyakit Kencing Manis & Vivix Shaklee – Part 2
One thought on “Kenali Penyakit Kencing Manis & Vivix Shaklee – Part 1”
Leave a Reply
Kenali Penyakit Kencing Manis & Vivix Shaklee – Part 1
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.
- Dulu Terlantar 6 Bulan Lebih, Pesakit Slip Disc Kronik Kini Makin Sihat dan Boleh Bekerja
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
Komen Terkini
- Aziz on Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
- Muslimah on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Kauthar mohd on Terseksa Sebab Migrain? Atasinya Dengan Set Migrain Shaklee
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (82)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
Wow!! Best Sangat!
[…] Baca lebih lanjut tentang Diabetes di sini. […]