• Kenapa Kita Perlukan Supplemen?

    Salam semua.

    Hari ini saya ingin berkongsi tentang keperluan supplemen di dalam kehidupan kita.  

    Apakah Yang Dimaksudkan Sebagai Supplemen?
    Suplemen merupakan makanan tambahan atau makanan pelengkap kepada makanan yang kita makan sehari-hari. Supplemen ini biasanya datang dalam bentuk minuman atau makanan. Suplemen boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti vitamin, mineral atau herba. Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.

    Mengapa Kita Perlukan Supplemen?

    1. Pencemaran alam sekitar dan radikal bebas menjejaskan kesihatan kita. 
    Pencemaran alam seperti pencemaran udara atau jerebu yang sering berlaku di Malaysia kini menyebabkan udara tidak lagi sihat untuk dihirup sepenuhnya. Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah gangguan kepada sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam  darah  akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.


    Oleh itu pengambilan suplemen yang bersesuaian seperti Vitamin  A, Vitamin C dan Vitamin E amat penting untuk melindungi tubuh kita daripada radikal bebas dan bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser.


    2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi daripada yang dapat dibekalkan oleh makanan harian.
    Apabila badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrien untuk meningkatkan sistem imun  dan mempercepatkan proses penyembuhan seperti Vitamin C dan Vitamin E. Hakikatnya nutrien hanya boleh diperolehi daripada makanan. Sekiranya kita mengalami kecederaan pula, pengambilan nutrien yang mengandungi protein amat penting bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan bagi menghasilkan sel-sel yang baru baru. Untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan anak pula, mereka memerlukan jumlah nutrien yang lebih tinggi dosnya untuk menampung keperluan bayi dalam kandungan dan bagi menjaga kesihatan badan ketika menyusukan bayi mereka. Atas dasar inilah ibu-ibu terutamanya ibu hamil diwajibkan mengambil vitamin tambahan di sepanjang tempoh kandungan mereka.


    3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar atau terjejas kualitinya.


    Penggunaan racun perosak secara berlebihan kepada tanaman sememangnya mendatangkan kesan bahaya kepada buah-buahan atau sayur-sayuran yang kita makan.  Kebanyakkan sayuran dan buah-buahan di pasaran kini ditanam secara bukan organik dan menggunakan racun perosak yang merbahaya.. Selain itu, semburan menggunakan bahan kimia bagi mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran menyebabkan kandungan bahan kimia sentiasa bertambah pada hasil pertanian. Oleh itu, kita sebagai pengguna digalakkan memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara organik kerana penanaman secara organik lebih selamat dan terjamin kualitinya walaupun harganya lebih mahal berbanding sayur-sayuran atau buah-buahan lain di pasaran.

    4. Mengamalkan Gaya Hidup Tidak Sihat.

    Kementerian KesihatanMalaysia dalam kajiannya  telah mengenal pasti amalan gaya hidup yang kurang sihat menjadi faktor penting peningkatan penyakit tidak berjangkit atau ‘Non-communicable diseases’ (NCD).

    Gaya hidup kurang sihat yang sering diamalkan oleh kita adalah seperti merokok, kurang bersenam, makan makanan segera dan mengandungi  MSG dan sebagainya boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.


     5. Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mengikuti panduan makanan diet seimbang.
    Tabiat pemakanan rakyat Malaysia sememangnya agak mengejutkan dan tidak mengikut diet seimbang yang disarankan. Kemudahan mendapat pelbagai  jenis makanan tanpa mengira waktu juga menyebabkan mereka makan mengikut selera. Pelbagai makanan segera kini boleh dinikmati 24 jam pada bila-bila masa walaupun pada waktu sarapan pagi atau waktu tengah malam. Pelbagai minuman segera 3 in 1 juga sangat mudah diperolehi dan sering dijadikan pilihan kerana amat mudah disediakan, Makanan segera ini memang lazat tapi ianya mengandungi garam tersembunyi, berlemak, manis dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang.


    6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.
    Tahukan kita bahawa pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan boleh menyebkan gangguan kepada nutrisi yang diambil daripada makanan? Sebagai contoh kalsium tidak akan dapat diserap dengan baik sekiranya di ambil bersama minuman berkafein seperti kopi atau teh. Selain itu, kopi, teh, susu, minuman berkola, minuman bercoklat juga mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi. Oleh itu, jika ingin mengambil minuman tersebut, pastikan ianya diambil di antara waktu  makan utama atau sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam dari waktu  makan utama bagi membolehkan badan kita dapat menyerap nutrien yang dimakan dengan sepenuhnya.



    7. Kehilangan nutrien dalam makanan.
    Tanpa kita sedari, nutrien di dalam makanan boleh hilang dalam pelbagai cara daripada awal ianya ditanam sehinggalah apabila dimasak. Sebagai contoh makanan yang disimpan di dalam peti ais terlalu lama boleh menyebkan ianya kehilangan nutrien dan kesegarannya. Seterusnya cara memasak yang terlalu lama dan penggunaan minyak semasa menggoreng juga boleh menyebabkan makanan tersebut hilang nutrien  lagi. Oleh yang demikian kita disarankan tidak memasak terlalu lama dan menggunakan kaedah panggang atau mengukus sahaja bagi mengekalkan nutrien di dalam makanan.

    Inilah 7 faktor utama  mengapa badan kita memerlukan makanan tambahan atau supplemen di dalam melengkapkan makanan harian. Walau bagaimanapun kita perlu memastikan bahawa supplemen yang diambil harus semulajadi dan bebas daripada bahan kimia.
     
    Bagaimana ingin mendapatkan suplemen semulajadi?. SHAKLEE adalah jawapannya. Shaklee merupakan jenama suplemen semulajadi yang bebas bahan kimia dan selamat digunakan untuk sesiapa jua yang mementingkan kesihatan.

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

     

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567
    Blog: http://raikankasih.blogspot.com
    (Visited 48 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee, Info Kesihatan

    Tags:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge