• Kisah Suami Isteri ~ Salah Faham Yang Menyusahkan

    Salam semua,

    Pagi ini saya teringin untuk berkongsi tentang intipati sebuah ceramah kekeluargaan yang saya hadiri sebelum Ramadhan yang lepas.  Ustaz yang menyampaikannya merupakah seorang pensyarah daripada IPTA tempatan. Dengan gaya yang santai dan penyampaian yang ringkas, membuatkan ramai yang tertarik dan terkesan dengan ceramah itu termasuk saya sendiri. Fakta yang disampaikan juga boleh dikatakan fakta yang sering terjadi dalam kehidupan ini tanpa kita sedari.

    Kata ustaz ‘Hidup ini terlalu singkat untuk kita habiskan dengan perkara-perkara yang tidak menguntungkan kita, cth: suami sibuk nak marah-marah isteri, sedangkan hakikatnya suami boleh menegur dengan cara yang berhemah kerana hati wanita itu amat lembut dan mudah tersentuh. Apabila berkahwin, isteri menganggap suami adalah pelindung, tempat bermanja dan tempat berkongsi segala-galanya, bagaimana isteri ingin bermanja-manja jika hatinya sendiri sudah terluka. 

    Masalah rumahtangga juga sering berlaku hanya disebabkan ‘SALAH FAHAM’ dan akhirnya ianya jadi MENYUSAHKAN.

    Benarkah?

    Saya bagi satu contoh di bawah:-

    Isteri: Abang, malam ni kita makan di luar ye, malas nak masak.
    Suami: Ala, malaslah nak keluar, bawak anak-nak lagi.. masak ajalah apa-apa.
    Isteri: (hmmm – mengeluh dalam hati – suami aku ni tak fahamlah yang aku penat)

    So isteri tadi masaklah juga dalam keadaan yang kurang mood dan emosi. 

    Cuba tengok dialog di bawah pula:
    Isteri: Abang, saya rasa penat sangat hari ni, macam tak larat nak masak. Boleh tak kita makan di luar.
    Suami: Oh, sayang penat ke? Kalau abang beli je lauk then kita makan kat rumah ok tak? 
    Isteri: Oh, ok jugak tu bang.. Thanks sebab faham.

    Nampak kan bezanya? 
    Masalah beralaku apabila kita sering salah faham. Si suami tak faham yang isterinya penat, hanya menganggap yang isteri tadi malas nak masak. Isteri pula mengharap yang suaminya faham yang dia penat. Si suami tadi sebenarnya malas nak keluar sebab dia pun penat juga dan susah nak control bila bawa anak-anak makan kat luar. Akhirnya si isteri  anggap yang suami ni tak faham  yang dia penat dan fikir suami ni malas nak makan kat luar sebab susah nak control anak-anak . Dua-dua salah faham. Perkara ini nampak ringan tetapi bila salah faham berlaku dalam perkara yang lebih besar, ianya akan menyebabkan pergaduhan yang berpanjangan.


    Saya bagi contoh yang lain.

    Suami tengah tengok TV. Tetiba terjadi dialog di bawah:-

    Suami: Cantik la pelakon ni. 
    Isteri yang dengar terus jadi kecil hati. 
    Isteri: Oh, saya ni tak cantik lah
    Suami:Takdelah, abang tak kata pun sayang tak cantik. Abang cuma cakap yang pelakon ni cantik.
    Isteri: hmmm.. ye lah tu (kecewa)

    Ungkapan di atas mungkin diucapkan secara indirect  oleh suami sebab dia ingin isterinya nampak kemas dan cantik walaupun berada di rumah. Isteri pula mungkin menganggap yang dia kini tidak cantik lagi di mata suami atau suami lebih suka perempuan yang cantik berbanding dirinya. Juga perkara yang simple tapi boleh dijadikan modal tambahan bila suami isteri bertengkar. Kenapa saya kata boleh dijadikan modal? Percaya tak bila kita bertengkar tentang perkara lain di masa hadapan, mungkin isteri boleh berkata. ‘Yelah, saya dah tak cantik macam dulu, sebab tu abang asyik nak marah-marah je.



    Untuk para isteri, ketahuilah bahawa apabila si suami tadi telah menetapkan untuk berkahwin dengan kita ‘ dia telah menganggap bahawa kitalah wanita yang tercantik dimata nya. Kena ingat ye, kecantikan itu subjektif dan bukan terletak di wajah semata-mata. Kecantikan hati dan budi juga perlu diambil kira. Tapi sayangnya kita tidak menjaga kecantikan itu hingga boleh membuat suami tadi berubah hati.

    Perkara yang sama juga boleh berlaku pada si suami. Bila isteri telah bersetuju untuk berkahwin dengan anda, dia menerima anda seadanya. Tetapi lelaki juga mudah berubah, kalau dulu penuh dengan panggilan mesra dan manja, sikap yang lembut dan menawan, bila dah kahwin semuanya hilang begitu sahaja kerana menganggap isteri tadi telah menjadi miliknya.

    Untuk suami juga, memang hakikat wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita yang lain terutamanya dalam soal kecantikan. Jagalah hati mereka kerana apabila hati wanita dijaga dan bahagia, dia akan membahagiakan insan-insan lain di sekelilingnya.

    Kesimpulannya, 

    • Elakkan SALAH FAHAM dengan cara menggunakan komunikasi yang berkesan. Pastikan isteri atau suami benar-benar faham perkara yang ingin kita sampaikan. Jangan berharap yang isteri atau suami akan faham-faham sendiri KERANA perkara itulah yang menyebabkan salah faham dan pergaduhan
    •  Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang membuang masa. Orang yang berjaya dan bahagia sentiasa memandang kehadapan dan tidak lagi menoleh ke belakang kecuali untuk mengingati pengajaran di sebalik peristiwa yang lalu.
    • JAGA dan BAJAILAH hubungan kita agar menjadi lebih rapat dan mesra. Sepohon pokok yang subur akhirnya akan layu juga jika tidak mendapat air dan udara.

    • Perkahwinan SEMEMANGNYA menghimpunkan 2 hati, 2 keluarga dan adakalanya  2 budaya yang berbeza BUKANNYA 2 hati yang sama atau 2 keluarga yang sama. PERBEZAAN bukan penghalang kebahagiaan tetapi boleh dijadikan input untuk menjadikan kehidupan lebih bahagia, ceria  dan berwarna warni. 

    • Mereka yang dapat menerima perbezaan dengan hati terbuka bakal bertemu BAHAGIA manakala yang  tidak mahu menerimanya sering bertemu DERITA; dan akhir sekali;
    • Oleh kerana perkahwinan melibatkan 2 hati, 2 hati ini perlu bersatu, saling memahami, saling menyayangi , terbuka dan saling berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan mereka sendiri.

    Orang yang berjaya dan bahagia bukanlah kerana mereka memperolehi apa yang mereka inginkan TETAPI menjadikan apa yang mereka miliki itu sesuatu yang mereka inginkan. 

     

    Moga-moga article ini akan menjadi sesuatu yang bermanfaat buat kita semua dan saya juga.

    Love;
    ila Fyra

    (Visited 336 times, 1 visits today)

    Categories: Tips Suami Isteri

    Tags:

    2 thoughts on “Kisah Suami Isteri ~ Salah Faham Yang Menyusahkan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge