• Scrub Badan Buatan Sendiri

    Hai semua,
    Hari ini Mek ila nak kongsikan satu cara untuk membuat scrub badan yang wangi dan memang menyegarkan. Scrub ini juga mudah disediakan dan hanya mengambil masa kira-kira 2 minit sahaja untuk disediakan.

    Gambar Gula Perang

    Bahan-bahan
    1. 2 senduk gula perang*
    2. 1-2 sudu besar minyak zaitun*
    3. 1 sudu kecil perisa vanilla

    Cara-Cara Penyediaan
    1. Campur dan gaulkan minyak zaitun ke dalam gula perang hingga sebati.
    2. Tambahkan perisa vanila.
    3. Siap untuk digunakan 🙂

    Scrub Badan Gula Perang + Minyak Zaitun + Vanilla

    *Sukatan gula perang & minyak zaitun boleh ditambah/dikurangkan ikut keperluan.

    Sewaktu mandi, ambil sedikit scrub dan digosokkan ke bahagian badan secara putaran membulat mengikut kesesuaian. Ulangi langkah ini ke seluruh badan.

    Hasilnya… wah memang wangi badan dan rasa segar tau. Rasa nak buat selalu je 🙂

    Kesimpulannnya,Scrub ini bukan sahaja mudah disediakan dan murah tetapi bahan-bahannya memang berkhasiat dan boleh melembutkan kulit badan. Struktur gula perang yang berbiji halus juga sangat sesuai digunakan sebagai scrub bagi menanggalkan sel-sel kulit mati.

    Yang penting jangan dimakan tau, walaupun ianya memang terdiri daripada bahan-bahan makanan… hihihi 🙂

    (Visited 384 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge