• Set Berpantang Shaklee ~

    Menjadi ibu  merupakan satu saat yang sangat indah di dalam hidup setiap wanita. Walaubagaimanapun penjagaan yang betul semasa berpantang perlu dititikberatkan. Bgai wanita melayu, tempoh berpantang yang biasa diamalkan ialah 44 hari. Memang perlu kuatkan semangat kerana banyak perkara yang perlu kita ‘pantang’ terutamanya makanan dan pergerakan, belum lagi dengan amalan-amalan tradisi yang perlu kita lakukan seperti bertungku, memakai bengkung dan lain-lain.

    Tempoh berpantang sebenarnya perlu dilalui dengan penuh kesabaran. Bagi yang pertama kali menjadi ibu, banyak perkara juga yang perlu dipelajari seperti menjaga baby, teknik menyusukan baby, mengenali sebab-sebab tangisan baby dan sebagainya. Nampak macam mudah, namun semua ini memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi. Kalau tidak, emosi kita memang akan mudah terganggu dan adakalanya menjadi sensitif.

    Antara amalan-amalan yang perlu  diamalkan semasa berpantang:

    1. Memakai bengkung
    2. Berurut
    3. Bertungku
    4. Makan jamu / supplement
    5. Mandi Herba

    Pada masa dahulu, kebanyakan wanita berpantang dengan cara memakan jamu bagi tujuan kesihatan dalaman dan mengembalikan rahim ke bentuk yang asal. Walaubagimanpun penggunaan jamu tidak digalakkan sekiranya baby terkena jaundice. Kandungan jamu yang agak panas juga adakalanya memberikan kesan kepada baby seperti cirit birit dan sebagainya. Oleh yang demikian, ada ibu-ibu yang terpaksa melewatkan sedikit proses makan jamu sehingga anak tadi besar sedikit.

    Mengamalkan supplement semasa berpantang pula sering menjadi pilihan ibu-ibu muda kerana ianya lebih ringkas, mudah ditelan dan biasanya tidak memberikan kesan sampingan kepada baby. Malah dengan mengamalkan supplemen yang betul, ia juga membantu memulihkan kesihatan atau luka dalaman dan membantu dalam mengembaliakn rahim ke bentuk asal. Di sini saya akan terangkan secara ringkas tentang supplemen yang sesuai diamalkan oleh ibu-ibu yang bersalin.

    Set Asas Berpantang Shaklee –
    SET ASAS mengandungi Vita-Lea, B-Complex, Vita C dan Zinc Complex

    • Vita-lea merupakan multivitamin dan mineral yang memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang. Vita-lea mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu dan kekurangan haemoglobin. Zat besi atau Iron sangat penting dalam pemakanan kerana ia terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah. Wanita yang menyusukan anak memerlukan antara 25-27 mg zat besi dalam sehari. Mereka yang mengalami masalah kekurangan zat besi boleh mengalami rasa mudah penat, rasa sukar bernafas dan senang diserang jangkitan kuman
    • Vitamin B-complex mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu. Kebanyakan vitamin ini tidak dapat disimpan dalam tubuh dan dibekalkan dengan pengambilan dalam makanan setiap hari. Memasak terlalu lama menyebabkan makanan itu tidak lagi mempunyai vitamin-vitamin ini. Vitamin B-complex ini bertindak pada tahap maksima apabila diberikan secara serentak.
    • Vitamin C mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.Vitamin C sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi tulang dan pembentukan tisu baru. Vitamin C banyak terdapat di dalam buah-buahan seperti orange, strawberry etc. Ibu yang tidak mendapat cukup Vitamin C akan mengalami rasa mudah penat dan mereka juga akan menjadi cepat marah serta mudah mendapat penyakit meroyan (post partum depression). Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding.
    • Zinc Complex meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang. Wanita yang berada dalam pantang juga selalunya mudah demam dan diserang dengan pelbagai virus dan bakteria. Mereka memerlukan zinc untuk meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit dengan meningkatkan pengeluaran antibody. Zinc juga membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru melahirkan anak, mengembalikan tenaga akibat kelesuan yang kronik semasa pantang dan membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan lebih cepat.

    Set Berpantang 3M (Set Ibu Menyusu)
    Set 3M merupakan gabungan set asas dengan tambahan ESP, Ostematrix dan juga Alfalfa. Set ini juga terkenal sebagai set bagi ibu menyusu shaklee.

    • ESP merupakan non-GMO soy protein yang mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan. Protein dalam tubuh sangat diperlukan bagi merangsang selera makan bagi ibu yang tiada selera, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur, badan letih dan lesu dan juga depresi.Protein juga dapat mempertingkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan protein.
    • Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.OsteMatrix terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh. OsteMatrix menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu dan elemen penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan. Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak banyak bergerak dan kebanyakan masa mereka berbaring di atas katil. Supplement kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang. Kalsium juga sangat penting memperbaiki fungsi saraf, mengelakkan rasa kebas di samping mempercepatkan pengecutan rahim untuk kembali ke saiz asal.
    • Alfalfa Complex pula bertindak sebagai milk booster dan  turut membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. Ia juga dapat membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan. Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundice.

    Set Berpantang Shaklee PREMIUM
    Set Premium terdiri daripada gabungan set asas, set 3M dan Set Kurus.Set Kurus ini terdiri daripada Omega guard dan  Lecithin yang membantu ibu-ibu kekal langsing dan berseri selepas bersalin.

    • Omega guard merupakan minyak ikan terbaik di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semula jadi. Omega Guard dapat membantu perkembangan otak bayi dan memori, serta merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Susu ibu yang mengandungi kandungan DHA yang tinggi berupaya meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.
    • Lecithin pula dapat membantu dalam pemecahan lemak dan kolesterol dengan bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah dan membantu emulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid didalam tubuh seterusnya mendapatkan badan yang langsing dan sihat. Pengambilannya membantu dalam menyerap vitamin yang larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K.

    Apa pun pilihan ibu-ibu, diharapkan semua dapat menjaga kesihatan dengan betul semasa tempoh berpantang ye. Kerana daripada kajian yang dijalankan didapati wanita yang tidak berpantang dengan baik kerap mengalami komplikasi kesihatan semasa usia makin meningkat.

    Satu lagi yang ingin saya kongsikan ialah kelebihan mengamalkan Senaman Kagel terutamanya bagi ibu-ibu yang telah melahirkan anak. InsyaAllah entry berkenaan senaman ini akan saya tulis bila ada kelapangan  nanti. Jumpa Lagi

    Senaman Kagel
    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

     

    (Visited 141 times, 1 visits today)

    Categories: Set Vitamin Shaklee

    Tags: , ,

    One thought on “Set Berpantang Shaklee ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge