• Set Vitamin Untuk Buasir

    Salam semua.

    Hari ini Mek ila akan berkongsi serba sedikit tentang penyakit Buasir. Mendengar namanya sahaja sudah agak menakutkan apatahlagi apabila kita mengalaminya.

    Penyakit buasir  atau nama saintifiknya Hemmoroid ialah sejenis penyakit yang berlaku di bahagian dubur manusia. Ia terjadi apabila saluran darah mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

    Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :

    Buasir Luar. 
    Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar.

    Buasir Dalam. 
    Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak menyebabkan rasa sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

     Penyakit Buasir

    PENYEBAB BUASIR

    Berikut adalah antara faktor-faktor yang dikatakan boleh menyumbang kepada masalah buasir

    1. Kurang minum air masak
    2. Kurang pengambilan makanan yang  berserat seperti sayur dan  buah-buahan.
    3. Kerap mengangkat barangan berat
    4. Duduk terlalu lama ketika membuang air.
    5. Sering bertangguh/ menahan keinginan untuk buang air besar.


     


    PUNCA BUASIR

    1. Sembelit dan meneran berlebihan ketika buang air.
    2. Kerap cirit birit
    3. Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
    4. Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.


    PANDUAN MEGELAK BUASIR

    1. Minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
    2. Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.
    3. Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
    4. Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.
    5. Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.
    6. Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.

    KHASIAT VITAMIN SHAKLEE ~ SET VITAMIN BUASIR

    Berikut adalah set vitamin yang boleh diambil oleh penghidap Buasir.

    1. Ostematrix
    2. Omega Guard
    3. Zinc Complex

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik  !!!

    (Visited 53 times, 1 visits today)

    Categories: Set Vitamin Shaklee

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge