• Kebaikan Menabung : Tips Galakkan Anak-Anak Suka Menabung

    Malam ni Mek ila nak berkongsi cerita tentang tabungan pertama yang Mek ila buat untuk anak-anak sejak mereka bayi lagi.

    Boleh dikatakan Mek ila  ni seorang yang agak ‘excited’ dalam bab menyimpan atau menabung ni, jadi memang tak sabar-sabar nak buka buku simpanan di bank apabila mereka telah dilahirkan.

    Dalam banyak-banyak bank yang ada, Mek ila memilih untuk membuka buku simpanan di Tabung Haji. Salah satu sebab utamanya ialah Tabung Haji membenarkan kita membuka akaun untuk bayi tanpa ada syarat kelayakan umur, yang penting bayi kita telah pun mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKId. Sesetengah bank pula menetapkan umur seperti 6 bulan ke atas dan lain-lain.

    Simpanan minima bagi permulaan pembukaan akaun pula ialah RM2 sahaja.

    Buku Akaun Tabung Haji

    Selain itu, simpanan di Tabung Haji juga adalah:-

    • Berlandaskan syariah Islam
    • Dividen yang kompetitif
    • Zakat Perniagaan dibayar
    • Dikecualikan cukai; dan
    • Dijamin oleh kerajaan

    Pada masa kini juga, Simpanan dan pengeluaran Tabung Haji boleh dibuat  di kaunter, mesin ATM/ CDM Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank. Mudah bukan? Yang penting kita aktifkan kad ATM salah satu bank tersebut sebelum urusan simpanan dan pengeluaran boleh dilakukan.

    Salah satu sebab lagi ialah untuk memudahkan urusan mengerjakan Haji bila anak-anak dah besar nanti. Alhamdulillah, walaupun Arif baru berumur 4 tahun & Adik Akmal baru setahun lebih, mereka berdua telah Mek ila daftarkan untuk menunaikan Haji nanti.

    Untuk pendaftaran Haji pula, simpanan minimum yang perlu ada di dalam akaun Tabung Haji kita ialah RM1,300. Setelah pendaftaran dibuat, duit RM1300 ini tidak boleh kita keluarkan dan akan kekal di dalam akaun tersebut sebagai simpanan minimum.

    Sebenarnya amat penting untuk kita galakkan anak-anak menabung dan menyimpan wang sejak kecil lagi. Di antara kebaikan menabung ialah:-

    1. Menggalakkan anak bersikap jimat cermat dan menghargai nilai wang yang diperolehi.
    2. Apabila menabung, kita akan mempunyai simpanan. Simpanan ini amat penting sekiranya perlu digunakan untuk kecemasan dan sebagainya. Untuk anak-anak pula, saya menabung untuk perbelanjaan masa depan mereka seperti untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan sebagainya.
    3. Dengan menabung, kita juga akan mendapat keuntungan seperti bonus dan dividen.
    4. Dengan menyimpan di bank juga, kita juga boleh mengelakkan kehilangan wang sekiranya disimpan di rumah atau lain-lain tempat yangtidak dapat dipastikan keselamatannya.

    Ok, di sini juga Mek ila kongsikan cara-cara yang mudah untuk menggalakkan anak belajar menabung.

    Tabung Arif
    1. Pertama sekali kita perlu ada tabung untuk menyimpan. Boleh beli tabung yang comel seperti tabung berbentuk kartun atau gunakan tabung yang dikeluarkan oleh bank seperti Tabung Haji, ASB dan lain-lain.
    2. Sentiasa tunjukkan  cara-cara memasukkan duit syiling ke dalam tabung. Lama kelamaan anak akan terbiasa dan mula menunjukkan minat untuk memasukkan duit ke dalam tabung (menabung) walaupun menggunakan duit kita 🙂
    3. Apabila wang tersebut telah penuh, simpanlah wang tersebut di bank. Sesekali bawa anak ke bank supaya anak boleh melihat sendiri dan belajar tentang proses penyimpanan duit di bank.

    Baru-baru ini Tabung Haji juga telah ada mesin duit syilingnya sendiri. Jadi memang seronok bila Arif berpeluang mengira sendiri duit syiling yang disimpannya.

    mesin duit syiling

    Tips terakhir – Apabila anak inginkan sesuatu barang yang agak mahal, kita boleh menggunakannya untuk meningkatkan motivasi anak dan terus menggalakkannya untuk menabung walaupun kita mampu menunaikan permintaannya. Sebagai contoh, Arif pernah request untuk menaiki kapal terbang.Jadi  Mek ila katakan:

     ‘Arif kena rajin-rajin menabung sampai penuh. Dah penuh nanti Ibu bawa naik kapal terbang’.

    Sebenarnya Arif telah beberapa kali juga menaiki kapal terbang semasa kecil tetapi mungkin beliau tidak dapat mengingatinya. Apa pun ini adalah sebagai satu simbolik dan proses pembelajaran  tidak langsung kepada anak bahawa ada usaha yang perlu dilakukan jika kita ingin mendapatkan sesuatu.

    Akhir kata kita renungkan pepatah melayu ini.

    Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit
     
    &
    Melentur buluh biarlah dari rebungnya

    Sampai jumpa lagi 🙂

    (Visited 457 times, 1 visits today)

    Categories: Mendidik Anak

    Tags: , ,

    3 thoughts on “Kebaikan Menabung : Tips Galakkan Anak-Anak Suka Menabung

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge