• -Usaha Tangga Kejayaan-

    Usaha Tangga Kejayaan.

    Ungkapan ini sememangnya satu ungkapan yang tidak asing lagi di telinga kita. Malah ucapan ini sering Mek ila dengar sejak sekolah lagi lebih-lebih lagi ungkapan ini tertulis di bahagian hadapan buku tulis sekolah rendah.

    Bila dah selalu dengar, ayat ini dah jadi biasa dan tidak lagi magik. Namun percaya tak kalau Mekila katakan ungkapan yang biasa-biasa ini andai kita amalkan, boleh membawa perubahan besar di dalam kehidupan?

    Mudah sahaja, Nak Berjaya Kita Memang Kena Berusaha
    Nak kan sesuatu, kena usaha juga. Nak buat sesuatu, kena USAHA juga.

     Gambar kredit to Pakar Bisnes

    Ada tak perkara yang boleh kita dapatkan tanpa USAHA?  Nak TIDUR kot 🙂
    Haha.. Nak Tidur pun kena USAHA tau.
    1. Kena cari tempat untuk tidur
    2. Kena tutup mata

    Iyalah kan, tak kan kita nak tidur berdiri @ tanpa tutup mata. Mustahil kan macam tu?

    Alhamdulillah, ungkapan ini sering Mek ila  jadikan MAGIK & kekuatan dalam hidup. Bila inginkan sesuatu, kita bukan sahaja perlu berusaha tapi perlu tabah, bersemangat dan tidak boleh berputus asa. Mek ila memang DEGIL orangnya.

    Mengimbas kembali kenangan dulu-dulu, Mekila  bukanlah pelajar yang cemerlang sangat. Semasa buat Diploma, CGPA Mek ila  hanyalah 2.80. Nak sambung DEGREE pun tak dapat OFFER. Maka terpaksalah Mek ila bekerja dulu. Bila bekerja walaupun performed, ramai yang kata sambunglah belajar lagi, zaman sekarang Diploma dah tiada nilainya. Berlambak orang yang ada Diploma. Sebenarnya salah satu sebab Mek ila  tidak cemerlang di dalam exam ialah kerana kursus tersebut bukanlah sesuatu yang  mek ila minati. Kursus tersebut adalah pilihan  terakhir yang Mekila tandakan di dalam borang UPU. Nak tak nak, terpaksa belajar juga walaupun dalam hati memang susah nak bawak.

    Sambil bekerja, Mek ila  sambung buat DEGREE. Malangnya Mek ila terpaksa continue kursus yang sama sebab pada awal tahun 2000++ dulu, bukan mudah untuk kita tukar kursus seperti sekarang. Maka bermulalah tugasan Mek ila  sebagai pekerja dan pelajar part time. Zaman ini memang merupakan zaman yang amat-amat sukar.  Selepas habis waktu bekerja, Mek ila akan mula menelah buku. Hari minggu pula Sabtu & Ahad Mek ila habiskan di Universiti. Memang tiada LIFE ketika itu. Ada satu ketika Mek ila pernah menangis sebab bila hari cuti umum pun masih perlu pergi ke Universiti. Tapi Mekila pujuk hati ” tengoklah, bila dah berjaya nanti, time orang kerja pun Mek ila akan bercuti”.

    Nak ke U pun bukan senang, bas ada tapi jadualnya kadang-kadang 1 -2 jam sekali. Maka terpaksalah Mekila naik teksi sahaja bila bas yang ditunggu tak muncul tiba. Duit gaji memang Mek ila habiskan untuk bayar yuran dan juga perbelanjaan harian sahaja. Bila duit hampir susut, Mek ila terpaksa hadkan perbelanjaan untuk membeli makanan. Cukuplah Nasi Lemak berharga RM1 sebagai hidangan makan malam.

    Sewaktu hampir menamatkan pengajian, Mek ila ditimpa ujian lagi. Kursus yang sepatutnya tamat dalam tempoh 2 tahun setengah dipanjangkan lagi atas sebab terdapat perubahan kelulusan daripada SENAT. Memang sangat-sangat tidak adil, sedangkan pada masa mendapat offer, kami dijanjikan yang setiap pelajar akan mengambil silibus yang sama sahaja walaupun mempunyai Diploma daripada IPTA yang berlainan. Maka dengan berat hati, Mek ila sambunglah lagi tempoh pengajian untuk tempoh setahun. Tamat tempoh satu tahun, Mek ila dan beberapa orang kawan diuji lagi. Oleh kerana semasa diploma dulu ada subjek-subjek yang kami tidak ambik seperti Calculus dan sebagainya, kami perlu tambah 4 subjek lagi. Kawan-kawan lain yang pernah ambik subjek-subjek tersebut atau yang setaraf lepas untuk transfer credit dan boleh bersedia untuk Konvo dengan riangnya.

    Calculus, Math dan sebagainya memang subjek yang sangat-sangat susah bagi  Mek ila. Oleh kerana bilangan pelajar yang tinggal hanya 4 orang, kami diarah untuk belajar satu subjek dalam tempoh sebulan dan terus exam. Bayangkan dalam masa 4 bulan kami harus selesaikan 4 subjek sekaligus. Memang sangat-sangat parah! Kami diarah berbuat demikian untuk memastikan kami boleh grade dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

    Haha Nasib Baik Saya Tak Jawab Exam Macam Ni 🙂

    Bila telah habis semuanya, ujian yang ke 3 menimpa lagi. Atas alasan kami lewat mengemukakan permohonan untuk Konvo, kami tidak dibenarkan untuk Grade pada sesi tersebut dan perlu menunggu satu sesi lagi. Kalau tidak boleh pergi Convo pun ok lagi, tapi status kami tamat pengajian dan layak dianugerahkan Sarjana Muda pun masih tidak dapat dibuat kerana ianya memerlukan pengesahan Senat walaupun pihak Universiti telah berjanji bahawa kami boleh sama-sama grade dengan rakan sekelas yang lain. Sebenarnya perkara ini bukanlah merupakan kesilapan para pelajar tetapi terdapat sedikit isu yang berlaku di antara penyelaras kursus kami dengan penyelaras kursus bagi student separuh masa di Universiti tersebut.

    Kadang-kadang Mek ila sendiri tidak sangka mampu bertahan sejauh itu. Daripada sepatutnya belajar 2 tahun setengah sahaja, masa dipanjangkan menjadi 4 tahun dan sesudah itu Mek ila masih tidak boleh Grade.

    Bila tidak boleh grade, peluang untuk mencari pekerjaan lain yang lebih sesuai juga terbantut, di waktu yang sama syarikat tempat Mek ila  bekerja pula mengalami masalah kewangan dan terpaksa ditutup. Memang sangat hebat dugaannya kan?

    Tetapi mek ila  kuatkan semangat dan tidak pernah putus asa, kerana Mek ila percaya kejayaan akan datang kepada mereka yang berusaha.

    Kisah yang Mek ila  konsikan kali ini mungkin tidak sehebat cerita mereka-mereka yang telah berjaya di luar sana. Malah sehingga kini Mek ila  masih belum dapat mencapai impian saya untuk bercuti ketika orang lain sibuk bekerja. Walaupun telah bekerja, berkeluarga dan mempunyai kehidupan yang selesa  sekarang, impian itu masih Mek ila  simpan di dalam hati.

    Dan InsyaAllah kini Mek ila sedang berusaha untuk merealisasikan impian tersebut. Kerana Mek ila tetap PERCAYA, USAHA itu TANGGA untuk mencapai KEJAYAAN.

    InsyaAllah 🙂

    p/s: Sedikit update : Setelah tamat degree, Mek ila sambung belajar lagi buat master, juga secara part time. Sebenarnya Mek ila masih tetap tidak dapat mencintai kursus yang diambil itu sepenuh hati, namun demi memenuhi harapan ayah yang inginkan salah seorang daripada anaknya ada master, Mek ila teruskan juga. Alhamdulillah, dapat juga mek ila memenuhi permintaan allahyarham ayah walaupun dalam seribu kepayahan.
     

    (Visited 335 times, 1 visits today)

    Categories: Motivasi

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge