• Cara Mencuci Tangan Yang Betul

    Salam Semua 🙂

    Tahukah anda semua bahawa teknik mencuci atau membasuh tangan dengan betul amat berguna dalam meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan kita daripada terkena jangkitan?

    Dalam masa sehari, terdapat banyak permukaan yang kita sentuh. Di atas permukaan yang kita sentuh ada mengandungi pelbagai kuman,  bakteria dan virus yang menjadi punca penyakit. Tangan kita  boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis kuman yang membawa penyakit-penyakit berbahaya ini. Oleh itu, pastikan tangan kita sentiasa bersih.  Mencuci tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit seperti cirit-birit dan pneumonia.  



    Menurut kajian, membasuh tangan dengan cara yang betul terbukti dapat mengurangkan risiko cirit-birit sebanyak 20 peratus dan risiko jangkitan saluran pernafasan sebanyak 24 peratus.

    Bilakah kita perlu mencuci tangan?

    Tiada masa yang spesifik untuk kita mencuci tangan. Lebih kerap, lebih baik untuk mengurangkan jumlah organisma halus berbahaya di tangan kita.

    Paling penting, cuci tangan sebelum:-

    • Menyediakan (memasak) makanan.
    • Menghidangkan makanan
    • Makan.
    • Menyentuh orang sakit
    • Merawat luka atau memberi ubat kepada orang lain
    • Memakai atau menanggalkan kanta sentuh
    • Menyentuh bayi atau kanak-kanak kecil (di bawah umur lima tahun) atau orang tua (melebihi 65 tahun).

    Cuci tangan selepas:-

    • Menyediakan makanan terutama mengendalikan daging, ayam dan ikan.
    • Keluar dari tandas.
    • Menukar lampin.
    • Menyentuh haiwan peliharaan atau alat mainan anak.
    • Membuang sampah.
    • Menutup mulut dengan tangan apabila bersin atau batuk.
    • Merawat luka.
    • Menyentuh orang sakit.
    • Selepas selesai melakukan kerja rumah.
    • Setiap kali tangan kotor.
    • Lebih kerap mencuci tangan ketika selesema.
    • Apabila tangan terkena darah atau cecair badan.
    • Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
    • Selepas menggunakan tandas
    • Selepas mengendalikan sisa makanan
    • Selepas menghembus hingus
    • Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya


    Bagaimanakah cara untuk membasuh tangan dengan betul?

    Terdapat tujuh (7) langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul: –

    1. Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih yang mencukupi
    2. Gosok tapak tangan
    3. Gosok setiap jari dan celah-celah jari
    4. Gosok kuku pada tapak tangan
    5. Gosok belakang tangan
    6. Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
    7. Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau dengan udara kering.

     Mari kita rujuk gambar di bawah untuk teknik mencuci tangan yang betul.

    Didiklah anak-anak kita tentang amalan mencuci tangan yang betul. Ianya bukan sahaja boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan tetapi boleh mengelakkan daripada  berlakunya jangkitan.

    Smile 🙂

    (Visited 1,512 times, 2 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Mendidik Anak

    Tags:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge