• Info Virus Ebola

    Salam semua.

    Tengahari tadi saya dikejutkan dengan penyebaran gambar seorang kanak-kanak perempuan di media sosial whatsapp yang dikatakan telah terkena jangkitan Ebola.

    Saya kurang pasti sebenarnya siapa yang menyebarkan gambar tersebut, tapi saya percaya gambar  tersebut akan menjadi viral dalam masa terdekat ini apabila ianya akan dikongsi dan dipanjangkan oleh penerima gambar-gambar tersebut. Gambar di bawah ini telah saya crop sebahagian besarnya di bahagian atas bagi menjaga identiti kanak-kanak ini. Mohon juga semua pihak tidak memanjangkan perkara ini selagi tiada kesahihan yang dibuat oleh pihak berwajib tentang perkara ini.

    Sebagai panduan kepada pembaca semua, saya sertakan sedikit gambar yang dapat memberi penerangan tentang penyakit EBola. Ebola ini bukanlah satu penyakit baru sebaliknya telah mula dikesan pada tahun 1976 di Nazara, Sudan dan Zaire.

    Info Virus Ebola – Berita Harian

    Ebola Virus – Signs and Symptoms

    Symptoms of Ebola

    Ebola Awareness

    Daripada maklumat di atas, kita akan dapati bahawa Ebola ini tidak boleh merebak melalui udara tetapi adalah melalui sentuhan dengan bendalir  badan dengan pesakit yang telah dijangkiti seperti darah. Maklumat ini sekurang-kurangnya diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada kita semua.

    Kepada semua, diharapkan kita sentiasa bertenang dan tunggu pengumuman yang dibuat oleh pihak berwajib tentang perkara ini. Mudah-mudahan tiada penyebaran Virus ini di Malaysia.

    Saya kongsikan juga rangkaian doa yang boleh kita amalkan untuk mengelak pelbagai wabak dan penyakit wabak yang ada. Kepada adik tadi, mudah-mudahan diberi kesembuhan walau apa pun penyakit yang dihidapi, saya dan sahabat-sahabat semua doakan bahawa ianya bukan Ebola.

    Bismillahirrahmanirrahim

    Caranya:
    1. Baca doa ini 3 kali pada setiap pagi dan petang.
    2. Sebaik2nya dimulakan dan disudahi dengan selawat ke atas nabi

    Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    Kami berlindung dengan Mu Ya Allah,
    Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan,
    kami berpaut padaMu Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian alam yang ghaib,
    dan kami bertawakkal padaMu Ya Allah, Tuhan yang hidup lagi tidak mati.

    Wahai Tuhan kami,
    Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dasyat,
    dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta’un danbala bencana,
    dengan ihsan Mu, wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,

    Sesungguhnya Mu Ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

    Amin, Ya Rabbal Alamin

    Update: 12/08/2014: 7.00 mlm

    KKM telah membuat penafian secara rasmi tentang kes virus Ebola di Malaysia melalui kenyataan daripada TKPK (KA) sebentar tadi.

     Alhamdulillah !

    (Visited 68 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Khidmat Masyarakat

    Tags: ,

    One thought on “Info Virus Ebola

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge