• Ingin Hamil?

    Ingin Hamil?

    Anak-anak merupakan anugerah yang terindah dalam kehidupan berkeluarga. Malah anak-anak juga adalah penyeri bagi sesebuah rumahtangga. Walau bagaimanapun bukan semua pasangan bertuah kerana ada juga yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun telah berkahwin beberapa tahun.

    Kehamilan sering dikaitkan dengan kesuburan kan? Ini kerana untuk hamil, pasangan suami isteri perlu sama-sama subur di mana para suami perlu menghasilkan sperma yang berkualiti dan para isteri pula perlu menghasilkan ovum untuk disenyawakan dengan sperma tadi.

    Jom kita lihat punca-punca Tidak Subur Suami Isteri

    • kitaran period yang tidak teratur
    • masalah tiub fallopio tersumbat
    • sperma yang tidak mencukupi
    • sperma tidak sihat terutama kepada perokok tegar
    • amalan pemakanan yang tidak sihat
    • berat badan berlebihan atau kekurangan berat badan
    • menghidap penyakit kelamin
    • sakit seperti fibroid @ cyst
    • pengambilan alkohol berlebihan
    • pengambilan ubat ubatan yang mengganggu kesuburan
    • pernah menjalani rawatan kanser

    Bagaimana meningkatkan kesuburan?

    • Amalkan pemakanan sihat dan elakkan mengambil makanan ringan @ fast food
    • Mengambil supplemen yang bersesuaian. Bagi wanita, amalkan memakan asid folic sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil.
    • Dapatkan berat badan yang ideal, tidak terlalu gemuk atau terlalu kurus.
    • Uuk wanita, kenalpasti waktu subur. Perlu diketahui bahawa hari ke 14 selepas period pertama adalah waktu subur untuk wanita. Sekiranya kitaran haid kita ialah 28 hari- 14: maka hari ke 14 dikira dari tarikh period pertama adalah hari subur bagi wanita. Jika kitaran haid adalah 30 hari-14: maka hari ke 16 adalah hari subur bagi wanita tersebut. Perhatikan juga lendiran servik. Pada waktu subur, lendiran tersebut lebih likat (sticky) daripada biasa. 

      • Mulakan hubungan suami isteri pada waktu subur anda.
      • Yang penting harus sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah ye 🙂

      Ok jom kita tengok pula supplemen yang amat sesuai untuk diamalkan bagi meningkatkan kesuburan
      suami isteri ini.

       Set Kesuburan Untuk Isteri
      Set Kesuburan Untuk Suami

      Mari kita tengok kebaikan vitamin-vitamin ini untuk kesuburan:-)

      Set Kesuburan Untuk Isteri

      B Complex: Jika ingin hamil, inilah vitamin yang sangat diperlukan kerana ia mengandungi asid folik. Asid folik amat diperlukan untuk mengelakkan kecacatan bayi seperti kecacatan saraf tunjang. Bagi yang merancang untuk hamil, masa terbaik untuk anda mengambil asid folik adalah 3 bulan sebelum hamil dan 3 bulan pertama kehamilan kerana pada masa ini perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat.

      GLA Complex: GLA adalah  vitamin yang sangat membantu terutama jika kita mempunyai masalah period yang tidak teratur atau masalah senggugut yang teruk. Kedua-dua masalah ini juga boleh meyebabkan kesukaran untuk hamil. Jika period tidak teratur, sukar untuk kita menentukan waktu subur. Pengambilan GLA membantu meningkatkan cecair mukus kesuburan yang berkualiti bagi wanita.

      Set Kesuburan Untuk Suami

      Zink Complex: Vitamin ini dapat membantu kesuburan kerana ia berupaya meningkatkan jumlah sperma. Ada sesetengah lelaki kemungkinan mengalami jumlah sperma yang kurang dan ini boleh menyebabkan kebarangkalian untuk bersenyawa dengan ovum lebih rendah. Jika jumlah sperma ditingkatkan, ia akan memberi lebih peluang untuk isteri hamil dengan lebih mudah.

      Vitamin E: Vitamin E  sangat diperlukan untuk menghasilkan sperma yang berkualiti. Bilangan sperma yang banyak sahaja tidak mencukupi andai ianya kurang berkualiti dan ini juga menyukarkan peluang isteri untuk hamil dengan mudah. Vitamin E juga meningkatkan kesihatan sperma dan membantu sperma untuk meluncur lebih laju menuju ke ovum. Sebab itulah kedua-dua vitamin ini perlu digabungkan untuk set kesuburan suami. Biasanya suami bukan tidak subur tetapi mempunyai masalah sperma yang kurang kualiti kerana gaya hidup yang tidak sihat atau suami seorang perokok juga boleh mengurangkan kualiti sperma.

      Ingin membeli set kesuburan ini secara online dan dihantar terus ke pintu rumah anda? Mudah sahaja, sila klik di bawah ini.

      https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=98a361c41dd6204d4ac5952d215a4157

      ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

      Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
      H/P No: 013-6751381
      Whatsapp: 012-8943453
      ID Shaklee: 1155567

      Blog: http://raikankasih.blogspot.com

      (Visited 147 times, 1 visits today)

      Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi, Set Vitamin Shaklee

      Tags: , ,

      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      CommentLuv badge