• Anak Perlu Makan Ubat? Kenali Ubat Anak Anda Agar Tidak Menyesal Di Kemudian Hari

    Salam sayang buat pembaca semua 🙂

    Semenjak menjadi ibu, Meki ila amat berhati-hati dengan penggunaan ubat yang diberikan oleh Doktor. Ini kerana ketika Arif berusia 4 bulan, Arif mengalami demam, batuk dan selsema yang berpanjangan. Mek ila telah membawa Arif ke sebuah klinik swasta di Putrajaya. Doktornya sangat baik tapi sayangnya untuk bayi sekecil Arif, Doktor telah membekalkannya ubat demam, batuk dan selsema. Kata Doktor ubat tersebut selamat dimakan kerana diberikan dalam dos yang rendah.

    Kerana kurangnya ilmu dan pengalaman dalam pengendalian ubat untuk kanak-kanak, Mek ila telah memberikan Arif ubat batuk dan selsema tersebut. Mek ila bukannya tidak berhati-hati, malah sebelum memberikan ubat tersebut, Mek ila turut bertanyakan pada seorang rakan yang juga seorang Doktor.

    Memang sangat hebat kesan ubat tersebut, Arif tidur dan tidak aktif sepanjang hari. Mek ila jadi panik dan mula mendapatkan maklumat tentang ubat-ubatan ini di internet. Baru Mek ila tahu, sebenarnya kanak-kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan sebarang ubat batuk dan selsema yang mengandungi anti histamin. Kesannya amat bahaya hingga boleh membawa kepada kematian.

    Memang Mek ila rasa sangat menyesal tetapi Alhamdulillah tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku kepada Arif. Semenjak peristiwa itu, Mek ila sangat berhati-hati  apabila sebarang jenis ubat-ubatan diberikan kepada Arif. Dengan doktor pun Mek ila tanya 2-3 kali, dengan pharmacist pun Mek ila akan tanya juga. Kadang-kadang bila dah balik rumah pun, Mek ila akan cari maklumat tambahan lain dengan sahabat pharmacist atau bertanyakan/ berkongsi maklumat ubat-ubatan tersebut di group-group keibubapaaan yang disertai. Walaupun nampak macam tak percaya, biarlah kita selidik habis-habisan daripada tersalah memberi ubat kepada anak.

    Ok,di sini Mek kongsikan sedikit tips yang boleh kita perhatikan sebelum kita memberi ubat kepada anak-anak terutamanya untuk anak-anak di bawah 2 tahun :-

    1. Tanyakan kepada Doktor anda tentang kesesuaian ubat yang diberi dengan umur anak anda. Suarakan sebarang keraguan dan pertanyaan dan pastikan Dr tersebut dapat menjawabnya dengan baik.

    2. Pastikan dos ubat yang diberi adalah dikira berdasarkan berat badan anak anda. Sesetengah klinik terutamanya klinik swasta memandang ringan perkara ini, hanya mencadangkan dos mengikut usia anak dan bukannya berat badan mereka. Lebih-lebih lagi ubat yang diberikan bukanlah melalui pharmacist yang bertauliah.

    3. Kenali jenis-jenis ubat dan kandungannya. Tidak semua ubat sama walaupun diberi untuk tujuan yang sama. Tahukan mama dan papa bahawa ubat untuk demam ada beberapa jenis dan ubat yang paling selamat dimakan oleh anak anda adalah syrup PCM dan bukannya dari jenis lain seperti ibuprofen dan sebagainya.

    Dan untuk antibiotic:-

    4. Sekiranya anak anda diberikan antibiotic oleh Doktor, tanyalah dahulu tentang mengapa perlu diberikan antibiotik. Ini kerana terdapat sesetengah Doktor yang suka memberikan antibiotic walaupun belum ada keperluan yang jelas tentang keperluan ubat tersebut dengan penyakit yang dihidapi.

    5. Untuk antibiotic juga, pilihlah atau tanyakan pada Dr antibiotic yang boleh diberikan 2 kali sehari sahaja (mudah untuk ibu bapa bekerja) atau dos yang sehari sekali sahaja. Ini kerana antibiotic perlu diberikan dalam selang masa yang tetap . Seandainya anak kita diberikan dos antibiotic yang perlu dimakan 3 kali sehari, tentu agak sukar untuk kita memberinya jika anak tadi dihantar ke sekolah atau ke rumah pengasuh.

    6. Pastikan antibiotic dimakan mengikut tempoh masa dan bilangan hari yang ditetapkan. Adalah bahaya sekiranya kita menghentikan pengambilan antibiotik atas alasan anak telah sembuh atau anak tidak mahu memakan ubat tersebut. Kreativiti dan pujukan daripada ibu bapa amat diperlukan bagi memujuk anak makan ubat-ubat tersebut.

    Mek ila juga ingin menggalakkan ibu bapa untuk mempelajari kaedah natural dalam penyembuhan penyakit anak-anak. Ketahuilah pengambilan ubat-ubatan secara berterusan untuk merawat batuk dan selsema anak boleh mendatangkan kesan sampingan.

    Sebagai contoh: –

    • gunakan air lendiran daripada pokok bunga raya atau pokok sedingin untuk menghilangkan panas/ demam anak;
    • gunakan minyak bawang putih untuk menghilangkan batuk dan selsema anak dengan lebih berkesan.

    Alhamdulillah sejak mengenali Shaklee, jarang sekali Mek ila memberikan sebarang ubat-ubatan kepada anak sebaliknya memberikan mereka Vitamin yang dapat meningkatkan imun dan melawan jangkitan penyakit.

    Salam sayang dan jumpa lagi!

    (Visited 248 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge