• Vitamin oh Vitamin :-)


    Salam semua,

    Bila sebut je vitamin, ramai di antara kita mengambarkan bentuk pil/kapsul yang mengandungi makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.

    Apakah vitamin sebenarnya?


    Vitamin adalah molekul organik yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk proses pertumbuhan dan perkembangan. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

    Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien dan ianya hanya boleh diperolehi melalui pemakanan.

    Oleh sebab itu, kita perlu mendapatkan vitamin ini sama ada daripada makanan harian atau melalui makanan tambahan /suplemen yang lain.

    Vitamin

     Jenis Vitamin

    Vitamin boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:-

    Vitamin Larut Air
    Vitamin jenis ini adalah seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Antara vitamin yang larut dalam termasuklah vitamin B1(Thiamin), vitamin B2 (Riboflavin), Vitamin B3  (Niacin), Vitamin B5 (pantothenic acid), Vitamin B6 (piridoksin), Vitamin B8 ( biotin), Vitamin B9 (Folat) dan Vitamin B12 (kobalamin). Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari.

    Vitamin larut air amat penting untuk tubuh kita kerana tubuh kita tidak boleh membina vitaminnya sendiri, dan kita sering kehilangan vitamin larut air melalui kencing. Jadi pengambilan vitamin larut air setiap hari secara berterusan adalah penting untuk memastikan bekalan vitamin B dan C sentiasa ada dalam tubuh.

    Vitamin Larut Lemak
    Jenis yang kedua adalah vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang. Kekurangan vitamin dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit yang serius.

    Jom kita tengok pula sumber utama Vitamin & Kesan Kesan kekurangan vitamin ini:-

    1. Vitamin A

    • Sumber : susu, ikan, sayuran berwarna hijau dan kuning, hati, buah-buahan warna merah dan kuning (pisang, betik, dan lain-lain)
    • Kesan kekurangan: rabun malam, infeksi saluran pernafasan, menurunnya daya tahan tubuh, kulit yang tidak sihat.

    2.  Vitamin B1

    • Sumber :gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras dan telur
    • Kesan kekurangan: kulit kering/ kulit bersisik, daya tahan tubuh berkurang.

    3. Vitamin B2

    • Sumber: sayur-sayuran segar, kuning telur, susu.
    • Kesan kekurangan : turunnya daya tahan tubuh, kulit kering bersisik, mulut kering, bibir pecah-pecah dan lain-lain.

    4. Vitamin B3

    • Sumber: buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis, daging dan sebagainya
    • Kesan kekurangan: terganggunya sistem pencernaan, otot kejang, insomnia, bedan lemas, mudah muntah dan mual-mual.

    5. Vitamin B5

    • Sumber : daging, susu, sayur sayur  hijau, ginjal, hati, kacang hijau.
    • Kesan kekurangan: otot mudah menjadi kejang, sukar tidur, kulit pecah-pecah dan bersisik

    6. Vitamin B6

    • Sumber : kacang-kacangan, jagung, beras, hati, ikan, beras tumbuk, ragi, daging
    • Kesan kekurangan:kulit pecah-pecah, cramp  pada otot, insomnia atau sukar tidur

    7. Vitamin B12

    • Sumber : telur, hati, daging
    • Kesan kekurangan: kurang darah atau anemia, lelah/lesu/lemas, penyakit pada kulit

    8. Vitamin C

    • Sumber : jambu batu, jeruk, tomato, nanas, sayur segar, dan lain sebagainya
    • Kesan kekurangan:
    • mudah infeksi pada luka, gusi berdarah, rasa sakit pada sendi, dan lain-lain

    9. Vitamin D

    • Sumber :
    • minyak ikan, susu, telur, keju, dan lain-lain
    • Kesan kekurangan: gigi akan lebih mudah rosak, otot mengalami kekejangan, pertumbuhan tulang tidak normal yang biasanya betis kaki akan membentuk huruf O atau X.

    10. Vitamin E

    • Sumber :
    • ikan, ayam, kuning telur, ragi, minyak tumbuh-tumbuhan, dan lain
    • Kesan kekurangan:mandul, gangguan saraf dan otot, dan lain-lain

    11. Vitamin K

    • Sumber : susu, kuning telur, sayuran segar
    • Kesan kekurangan: darah sulit membeku bila terluka/berdarah/luka/pendarahan, pendarahan di dalam tubuh, dan sebagainya

    (Visited 31 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee, Info Kesihatan

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge