• Asal Usul dan Fakta Tentang Semenyih

    Salam Semua.
    Hari ni Mek ila nak bercerita tentang Semenyih, tempat tinggal Mek ila sekarang. Semenyih ni agak popular dengan ‘jem’ nya. Bila sebut je Semenyih, perkataan pertama yang keluar dari mulut kawan-kawan ialah ‘Tak jem ke’? Hihi, jom kita tengok fakta tentang Semenyih selain ‘jem’ nya itu 🙂

    Semenyih terletak di antara Kajang dan Seremban

    Sumber Rujukan: Wikipedia 

    Pengenalan
    Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih. 

    Asal Usul Nama Semenyih 
    Istilah Semenyih ini tidak wujud di dalam mana-mana kamus. Ianya dikatakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan  dan dikatakan berkaitan dengan sejarah masa dahulu.

    Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud ‘sembunyi’. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan. Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.

    Tempat-Tempat Menarik di Semenyih
    Jangan tak tahu, Semenyih ini ada banyak pusat rekreasi dan ianya terkenal  di kalangan penduduk luar.

    Antaranya ialah:-

    • Air Terjun Sungai Tekala
    • Air Terjun sungai Batangsi
    • Air Terjun Sungai Gabai
    • Air Terjun Sungai Lalang
    • Empangan Semenyih atau Semenyih Dam
    • Bukit Broga
    Bukit Broga dan Gunung Tok Wan di Semenyih
    Air Terjun Sungai Tekala
    Air Terjun Sungai Gabai
    Empangan Semenyih

    Selain daripada kawasan riadhah dan rekreasi yang terdapat di Semenyih, tempat-tempat lain yang juga sering menjadi tumpuan kunjungan orang luar ke Semenyih adalah:-

    Kedai Nasi Ayam Semenyih
    Kedai Nasi Ayam Semenyih ini terletak berhampiran dengan SJK (C) Kg Baru Semenyih dan merupakan kedai nasi ayam yang paling lama di Semenyih. Kedai ini juga turut menjual tauhu sumbat.
     

    Kedai Nasi Ayam Semenyih

    Kedai Pakaian Jimmy
    Kedai Pakaian Jimmy ini terletak di Pekan Semenyih dan dikenali kerana harga pakaiannya yang murah terutamanya untuk baju sekolah anak.

    Kedai Jimmy Menjadi Tumpuan Orang Ramai Terutamanya Untuk Membeli Pakaian Sekolah Anak-Anak


    Apa yang special lagi tentang Semenyih?
    Yang paling special ialah ‘ Mek ila  tinggal di sini hihi’  🙂

    Salam Sayang

    (Visited 1,528 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Tentang Semenyih

    Tags:

    8 thoughts on “Asal Usul dan Fakta Tentang Semenyih

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge