• Autisme Di Kalangan Kanak-Kanak

    Salam pembaca semua.

    Seringkali kita mendengar tentang Autisme yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Hari ini saya ingin berkongsi tentang info Autisme bagi memberikan gambaran yang lebih luas tentang permasalahan ini.

    Autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu ‘autos’ yang bermaksud sendiri. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada seseorang yang hidup di dalam dunianya sendiri. Dari sudut perubatan, autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda. Biasanya, autisme boleh kelihatan seawal pada usia 18 bulan. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Autisme lebih kerap berlaku di kalangan lelaki berkulit putih.

    Autisme mempunyai pelbagai tahap dan tahap autisme yang dialami oleh seorang kanak-kanak  mungkin berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.

    Petanda Awal Autisme

    Berikut adalah tanda-tanda awal autisme yang biasanya boleh dilihat :-

    • Kesukaran berinteraksi . Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
    Ciri-Ciri Autisme

    • Gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun hanya soalan mudah seperti ‘Nak makan?’  Kanak-kanak autisme sukar untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu cara untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak lain yang normal tetapi  sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
    • Tidak suka bermain di dalam kumpulan dan lebih suka suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, anak-anak ini akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera. Anak autisme juga sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.
    • Tidak sukakan perubahan – terutamanya yang akan mengubah emosi mereka seperti dihantar ke sekolah tadika atau diajar menggunakan potty train/ ke tandas. Mereka juga tidak suka jika ada sesiapa yang menyentuh atau menukar cara susunan permainannya. Mereka mudah mengamuk sekiranya permainannya hilang atau ditukar kedudukan susunannya. 
    • Kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta deria rasa. Selain kurang sensitif kepada rasa sakit, kanak-kanak autisme juga jarang menyuarakan kesakitan yang mereka alami kerana masalah komunikasi tadi. Kanak-kanak ini juga adakalanya tidak suka dipeluk atau dirangkul oleh individu lain. 
    • Tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Hampir 50 peratus daripada anak autisme mempunyai  corak komunikasi yang digelar echolalia, iaitu mengulangi perkataan orang lain. 
    • Sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Selain mempunyai kesabaran dalam menyusun permainan mereka setiap hari di tempat yang sama, mereka juga dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji permainannya. 

    Ciri-Ciri Austime Kanak-Kanak Adalah Berbeza Di Antara Satu Sama Lain

    Persatuan Autisme Malaysia
    Di Malaysia, terdapat persatuan khas dan kumpulan sokongan yang ditubuhkan untuk kanak-kanak autisme. Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak boleh mendapatkan pelbagai maklumat, info dan perkongsian maklumat dengan ibu bapa lain di:-

    Persatuan Autisme Malaysia

    Rawatan Autisme
    Anak-anak adalah anugerah yang terindah daripada Allah. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak autisme, jangan mudah berputus asa kerana autisme ini boleh dirawat walaupun dikatakan tidak dapat dipulihkan sepenuhnya. Anak-anak autisme juga adalah unik, dengan teknik terapi dan pembelajaran yang betul, mereka juga boleh berjaya sama seperti kanak-kanak yang lain malah dikatakan mampu mengatasi kepintaran kanak-kanak yang normal.

    Kanak-kanak autisme memerlukan rawatan multidisiplin atau terapi yang melibatkan pelbagai pakar dari bidang berbeza. Ini bagi membantu mereka mengatasi masalah yang berkaitan dengan kelewatan perkembangan. Terapi dapat membantu mereka untuk mendapat kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain. Antara terapi yang penting untuk kanak-kanak autisme adalah terapi pertuturan-bahasa dan terapi carakerja.

    Kenalkah pembaca semua dengan orang yang dibawah ini? Mungkin tidak kenal kalau tidak diberitahu namanya kan? Beliau ialah Albert Einstein yang dikenali dengan formula
    E=mc² atau secara penuhnya Kesetaraan jisim-tenaga (Mass-energy equivalence)

    Albert Einstein

    Konsep ini membawa maksud bahawa semua jisim setara dengan tenaga dan semua tenaga setara dengan jisim. Ini dapat diungkap mengikut formula kerelatifan khas kesetaraan jisim-tenaga.

    yang mana

    • E = satu kuantiti tenaga (dalam unit joule),
    • m = kesetaraan kuantiti jisim (dalam kilogram), dan
    • c = kelajuan cahaya di dalam vakum (meter per saat).

    Konsep kesetaraan jisim-tenaga merupakan konsep mengubah penjimatan jisim dan penjimatan tenaga. Ini membolehkan jisim diubah kepada sejenis tenaga aktif seperti dalam tenaga kinetik, haba, atau cahaya walaupun masih kekal sebagai jisim.

    Percayakah kalau saya katakan Albert Einstein adalah seorang Autisme? Memang benar, beliau adalah seorang Autisme di masa kecilnya yang mengalami pelbagai kesukaran di dalam kehidupan namun beliau mampu menjadi seorang saintis terulung di abad ke 20.

    Boleh baca lebih lanjut tentang Top Ten Famous People With Autism di Sini.
    dan juga Top 10 Alleged Autistics in History

    Membesarkan anak-anak Autisme juga bukanlah perkara yang mudah kerana banyak perkara yang perlu dikorbankan. Sokongan ahli keluarga, teman-teman rapat dan juga masyarakat amat diperlukan bagi memberi ruang dan sokongan kepada mereka. Memiliki beberapa orang teman yang mempunyai anak austisme membuatkan saya juga turut menangis bila mengenangkan kepayahan dan kesukaran yang mereka lalui.

    Andai Kanak-Kanak Autisme Boleh Memilih, Mereka Juga Akan Memilih Untuk Menjadi Seperti Rakan-Rakan Yang Lain.


    Salam Sayang & Jumpa Lagi

    ila Fyra

    (Visited 633 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge