• Awas! Bukti Produk Shaklee Bahaya

    Salam pembaca semua ~
    Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang satu topik yang sememangnya hangat diperkatakan tentang produk Shaklee sejak akhir-akhir ini – Bukti Produk Shaklee Bahaya. Sila rujuk bukti di bawah. Di akhir entry ini, saya akan ceritakan daripada mana bukti ini diperolehi.

    Bukti Produk Shaklee Bahaya

    Sebelum ini saya baru sahaja menulis entry tentang Jadilah Peniaga Yang JujurNamun yang paling penting di sini, saya bukanlah hanya penjual, saya juga adalah pengguna kepada produk yang saya jual. Jika benarlah produk ini merbahaya, saya harus jujur menyatakannya dan saya juga harus berhenti memakannya.

    Jom kita tengok, apa yang pengguna ni makan ye? Set PMS & Senggugut adalah seperti di bawah:-

    Set PMS & Senggugut Shaklee

    Saya tidak akan memberi komen secara spesifik tentang kandungan setiap produk yang terdapat di dalam set ini. Pembaca boleh membaca tentang penerangan set PMS dan Senggugut di sini.

    Sebenarnya terlalu banyak yang ingin saya kongsikan di sini, kalau boleh dari A hingga Z bermula daripada latarbelakang syarikat Shaklee yang telah ditubuhkan pada tahun 1956, bagaimana produk Shaklee ini dihasilkan, proses kajian dan pengujian yang dijalankan termasuk bukti-bukti klinikal yang ada sebelum produk ini dipasarkan kepada pengguna. Namun mungkin satu entry tidak akan mampu untuk menceritakan segala-galanya kerana ianya akan menjadi terlalu panjang. Jadi saya akan ambil dua (2) point yang lebih penting sahaja iaitu:-

    1. Bagaimanakah produk Shaklee ini boleh mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia seandainya ia adalah berbahaya?
    Seperti yang semua maklum, produk-produk kesihatan dan kecantikan yang dijual perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum boleh dipasarkan. Badan yang bertanggungjawab dalam menyelia proses ini ialah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Adalah penting untuk kita memastikan setiap produk yang kita makan telahpun mendapat kelulusan daripada KKM. Semakan terhadap produk boleh dibuat di laman web ini. Pengguna perlu membuat carian di kedua-dua seksyen yang ditetapkan iaitu Quest2 dan Quest3.

    http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm

    Sebelum itu, mari kita kaji dan baca sedikit tentang Objektif & Peranan BPFK ini.


    Cuba kita search untuk Shaklee, ada tak? 

    Carian Produk Shaklee di Portal BPFK

    Alhamdulillah, ada rupa-rupanya. Pengguna boleh klik pada No kelulusan untuk melihat detail produk tersebut. Sebagai contoh, saya klik pada GLA Complex.

    Product Information Detail – GLA Complex


     

    2. Seandainya produk ini bermasalah dan mendatangkan bahaya kepada pelanggan, apakah yang harus dilakukan?

    Kita tengok apakah janji-janji Shaklee dan komitmennya kepada pengguna di dalam penghasilan produk.

    Itu adalah janji dan komitmen Shaklee. Jadi, sebagai pengguna yang bijak dan inginkan keadilan sekiranya produk yang dimakan mendatangkan bahaya kepada kita sebagai pengguna, saya cadangkan kepada pengguna:-

    1. Dapatkan bukti bertulis/ pengesahan daripada Pakar Perubatan tentang bukti bahawa produk yang dimakan telah membawa kesan seperti yang dinyatakan. Ini adalah penting bagi membuktikan cakap-cakap kita adalah bukti yang sahih dan bagi mengelakkan orang lain menganggap kita membuat fitnah dan sebagainya.

    2. Laporkan perkara ini kepada:-

    • Shaklee Customer Service. 
      • Tel: 603-5622 3188 @ 
      • melalui emel: customerinquiry@shaklee.com.my. Saya cadangkan aduan dibuat melalui emel kerana ianya boleh menjadi bukti bertulis. 

    • Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
      • Secara Bertulis : Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan
        Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
        Peti Surat 319, Jalan Sultan,
        46730 Petaling Jaya,
        Selangor.

      •  Melalui fax ke nombor:  03-79567151
      • Secara online di :  www.bpfk.gov.my

    iii) Online submission via www.bpfk.gov.my

    – See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=162#sthash.hldKzNiL.dpuf

    •  Buat Laporan Polissaya sendiri kurang pasti adakah pihak polis akan menerima aduan sebegini. Namun bagi memastikan keadilan saya sebagai pengguna, saya percaya inilah salah satu jalan terbaik yang membuktikan saya adalah bersungguh-sungguh.


    Ini adalah langkah-langkah bijak yang seharusnya diambil oleh pengguna bagi menuntut keadilan bagi pihak mereka. Prosedur ini juga adalah perlu sekiranya pengguna ingin membawa perkara ini ke Badan Perundangan yang lebih tinggi seperti mahkamah dan sebagainya.

    Note:
    Oh ye , lupa saya nak bagitau tentang bukti yang saya perolehi itu. Untuk makluman, itu adalah screen short asal yang saya terima daripada seorang sahabat yang cuba membuktikan bahawa ‘bukti-bukti seperti ini boleh dibuat tetapi tidak boleh dijadikan bukti yang sahih. Buktinya, sesiapa sahaja boleh membuat conversation ini. Hanya perlukan 2 buah telefon yang berbeza 🙂

    Terakhir sekali, ingin saya nyatakan di sini bahawa entry ini bukanlah merujuk kepada sesiapa secara spesifik, ini cumalah contoh kerana perkara yang sama boleh berlaku pada sesiapa sahaja atau di mana sahaja.

    Jadilah pengguna yang Bijak 🙂


    Salam sayang;
    ila Fyra


    Nak dapatkan produk Shaklee pada harga Diskaun?
    Nak dapatkan pendapatan 3-4-5 anagka sebulan, Jom Hubungi saya 🙂

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

     

    Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
    H/P No: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453
    ID Shaklee: 1155567
    Blog: http://raikankasih.blogspot.com
    (Visited 90 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee, Produk Shaklee

    Tags: ,

    6 thoughts on “Awas! Bukti Produk Shaklee Bahaya

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge