• Ketahui Penyebab Kelahiran Bayi Pramatang dan Bahayanya Kepada Bayi

    Salam semua.

    Pada kali ini Mek ila  tertarik untuk berkongsi dengan semua pembaca berkenaan bayi pramatang (premature baby). Bayi pramatang merujuk kepada bayi yang dilahirkan di bawah 37 minggu  kehamilan iaitu tiga minggu awal daripada kelahiran penuh (40 minggu).

    Punca Bayi Lahir Tidak Cukup Bulan

     Sejurus selepas dilahirkan, biasanya bayi-bayi pramatang akan ditempatkan di Neonatal Intensive-Care Unit (NICU)  untuk pengawasan dan penjagaan yang sepatutnya. Setiap ibu yang melahirkan bayi pramatang terutamanya di bawah usia 28 bulan pastinya akan merasa sedih dan resah apabila melihat bayi yang dilahirkan diletakkan di dalam balang berkaca khas dengan wayar-wayar yang berselirat di sekeliling badan.

     

    Kelahiran pramatang bermakna bayi mempunyai masa yang lebih pendek untuk menjalani proses perkembangan dan pembesaran di dalam rahim ibu. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada bayi itu sendiri. Selain perkembangan otak, fizikal, paru-paru, jantung dan sebagainya dilihat terhenti, bayi pramatang juga berisiko tinggi menghadapi masalah penglihatan.

    Masalah yang akan dihadapi oleh bayi juga bergantung kepada usia kehamilan ketika dilahirkan. Lebih pendek tempoh bayi dalam kandungan, risiko bayi mengalami masalah kesihatan adalah lebih tinggi.

     

    PUNCA KELAHIRAN PRAMATANG

    Kelahiran pramatang mungkin boleh berlaku kepada semua ibu-ibu mengandung. Di kebanyakan masa, kelahiran pramatang berlaku secara mendadak dan punca utamanya masih lagi misteri. Bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:-

    1. Jangkitan virus atau bakteria pada pangkal rahim
    2. Masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau kelenjar tiroid.
    3. Mengandung anak kembar kerana rongga rahim tidak cukup besar untuk menempatkan dua atau lebih bayi.
    4. Air ketuban terlalu banyak
    5. Lemah pangkal rahim (cervical incompetence)
    6. Bentuk rahim tidak normal
    7. Kecacatan bayi
    8. Mempunyai sejarah kehamilan pramatang

    RISIKO TERHADAP BAYI

    Bayi pramatang cenderung untuk menghadapi masalah kesihatan untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup. Semakin awal bayi  dilahirkan, semakin tinggi risiko masalah kesihatan yang akan dihidapi. Risiko bayi pramatang termasuk:

    1. Masalah pernafasan. Ini kerana paru-paru bayi belum terbentuk dengan sempurna. Bayi yang baru lahirakan memerlukan sokongan ventilator atauincubator mengikut usia kelahiran mereka.
    2. Saiz terlalu kecil dan mudah mengalami kesejukan. Bayi paramatang akan dimasukkan ke dalam inkubator yang dikawal suhunya hingga beratnya mencecah sekurang-kurangnya 1.8 kg.
    3. Mudah mengalami masalah hipoglisemia iaitu kekurangan gul adalam darah.
    4. Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
    5. Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, serangan sawan, paru-paru rosak dan sebagainya.
    6. Kematian
    Peratusan keupayaan untuk hidup bagi Bayi Pramatang

     

    BOLEHKAH KELAHIRAN PRAMATANG DIELAKKAN?

    Sehingga kini, tiada kaedah yang boleh digunakan untuk menghalang masalah kelahiran bayi pramatang. Bagaimanapun Doktor boleh membantu melewatkan kelahiran melalui beberapa cara mengikut punca masalah berkenaan.

    Berdasarkan pengalaman sendiri, Mek ila amat menyarankan kepada ibu-ibu yang pernah mengalami masalah kelahiran bayi pramatang ini agar membuat pemeriksaan Doktor bagi mengenalpasti punca masalah mereka dan mengatasinya bagi mengelakkan kelahiran pramatang sekali lagi.

    Berikut adalah kaedah-kaedah yang dijalankan oleh Doktor bagi mengelakkan kelahiran pramatang.

    1. Sekiranya disebabkan jangkitan kuman- ibu akan diberikan rawatan antibiotik sebelum dan semasa kehamilan
    2. Sekiranya disebabkan oleh penyakit seperti penyakit darah tinggi – kawalan rawatan penyakit perlu dibuat sebelum dan di sepanjang tempoh kehamilan bagi memmastikan kesihatan ibu berada pada tahap yang terkawal
    Kawalan penyakit amat penting semasa mengandung
    3. Kontraksi awalSuntikan steroid untuk menghentikan kontraksi/ ubat-ubatan seperti salbutamol/ventolin untuk  menghalang kontraksi daripada berlaku.
    4.Sekiranya disebabkan oleh masalah lemah pangkal rahimjahitan pangkal rahim akan dibuat semasa kandungan berusia 12-16 minggu dan akan dibuka setelah kandungan mencecah usia yang selamat iaitu pada minggu 37-38 minggu
    Jahitan Pangkal Rahim Untuk Masalah Lemah Pangkal Rahim

    TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN PRAMATANG

    Awas akan tanda-tanda kelahiran pra matang

    Moga-moga  entry ini dapat memberikan manfaat kepada ibu-ibu yang pernah mengalami masalah kelahiran bayi pramatang. Al- Fatihah juga buat anak sulung Mek ila, Adib Fikri yang meninggal dunia, dua hari selepas dilahirkan akibat lahir tidak cukup bulan ini.

    Ketahui juga mengapa hubungan seksual semasa kehamilan tidak digalakkan bagi ibu ibu yang berisiko untuk kelahiran pramatang.

    Sumber rujukan utama :Harian Metro/ Sihat : 17 September 2006

    (Visited 5,277 times, 2 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , ,

    3 thoughts on “Ketahui Penyebab Kelahiran Bayi Pramatang dan Bahayanya Kepada Bayi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge