• Biar Cepat, Cekap & Selamat :-)

    Salam semua 🙂

    Kalau dulu kita selalu mendengar peribahasa yang berbunyi ‘Biar lambat Asal Selamat’. Peribahasa ini bermaksud Jangan terburu-buru melakukan sesuatu pekerjaan sebaliknya lakukannya dengan penuh kesabaran demi kebaikan bersama-sama”.

    Kadang-kadang saya terfikir juga – masih sesuaikah peribahasa ini digunakan di zaman yang penuh kemodenan dan teknologi ini ? Ia masih relevan sebenarnya, tetapi alangkah bagusnya kalau ianya boleh ditambahbaik  menjadi ‘Biar Cepat, Cekap & Selamat”. Hihi, pandai-pandai sahaja saya ni kan?

    Sebagai contoh, setiap pagi saya akan menghantar anak yang sulung ke  tadika. Biasalah bila tadika ini terletak di kawasan perumahan, jalannya agak sibuk dan jem. Memang kadang-kadang kereta kena beratur untuk turunkan anak-anak di hadapan tadika.

    Malangnya ada juga ibu bapa yang tidak peka. Apabila sampai di depan taska, barulah sibuk-sibuk tercari beg dan kasut anak, barulah nak membelai dan mencium anak. Masa itulah juga baru nak bye-bye dan pesan memesan pada anak. Ada juga yang mahu menghantar anak yang sampai ke pintu kelas walaupun ada cikgu yang menunggu di luar pagar. Kadang-kadang ambil masa sehingga 5-10  minit untuk selesaikan urusan anak daripada dalam kereta sampailah masuk ke dalam pagar tadika dan beredar untuk memberi laluan kepada ibu bapa yang lain.

    Ibu bapa lain yang menunggu ni? Hanya mampu bersabar sahaja di dalam hati. Kena pulak ibu bapa yang dah terlewat nak pergi ke pejabat, lagilah  rasa gundah gulana kan? Nak di hon, tak sampai hati pula, nanti kita dianggap tidak prihatin dan hanya mementingkan diri. Sudahnya memang kena banyak-banyak bersabar sahaja 🙂

    Perkara ini kecil sahaja andainya kita dapat memahami kesukaran dan kepentingan masa bagi orang lain. Kerana itulah saya sangat suka dengan peribahasa baru ni Biar Cepat, Cekap dan Selamat. Sebagai contoh, bila dah hampir nak sampai ke sekolah, saya telah pastikan Arif telah pun memegang beg sekolah dan memakai kasutnya. Sementara menunggu traffic light bertukar hijau, saya sudah selesai bersalam, mencium dan berpesan-pesan kepadanya. Jadi bila sampai sahaja ke sekolah, terus saya turunkan Arif dan beredar pergi. Biasanya saya akan bye-bye juga dan bagi flying kiss bila tiada kereta lain yang menunggu.

    Alhamdulillah, secara tidak langsung saya juga dapat mengajar Arif tentang kepentingan bersiap dengan cepat dan menepati masa. Bayangkan kalau kita berjanji dengan orang untuk berjumpa pada jam 3.30 petang, sepatutnya daripada jam 3.00 petang kita dah bersedia. Ini tidak, pukul 3.30 petang baru kita nak masuk kereta dan nak memecut. Itu yang jadinya ‘I’m on the way, I’m on the road, 10 minit lagi sampai tapi masuk dah 60 minit pun tak sampai-sampai juga 🙂

    Jumpa Lagi 🙂

    (Visited 35 times, 1 visits today)

    Categories: Motivasi

    Tags:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge