-
Cervical Incompetence Pada Ibu Hamil- Fahami Bahaya dan Rawatannya!
Salam pembaca semua.
Sebelum ini Mek ila ada kongsikan di sini tentang entri Bayi Pramatang- Bahaya dan faktor-faktor penyebabnya. Pada kali ini Mek ila akan mengupas dengan lebih lanjut tentang salah satu penyebab kelahiran bayi pramtang iaitu masalah Lemah Pangkal Rahim (Cervical Incompetence) yang dialami oleh ibu-ibu mengandung.
Salah satu penyebab kelahiran bayi pra matang adalah disebabkan oleh masalah Cervical Incompetence yang dialami oleh Ibu Mengandung.
Cervical Incompetence- Bagaimana Ia Berlaku?
Dalam keadaan biasa, pangkal rahim ibu mengandung dalam keadaan tertutup sehingga tiba masa untuk melahirkan bayi yang biasanya berlaku pada minggu ke 37-40 kehamilan. Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah lemah pangkal rahim, pangkal rahim mereka akan terbuka awal bermula selepas bulan ke tiga kehamilan hingga menyebabkan bayi keguguran atau lahir tidak cukup bulan.
Antara Penyebab Berlakunya Lemah Pangkal Rahim:
- Pernah mengalami kelemahan pangkal rahim sebelum ini.
- Kecederaan daripada pembedahan sebelum ini.
- Pembedahan pangkal rahim.
- Pernah melakukan D&C (cuci rahim)
Rawatan Untuk Cervical IncompetencePada kebiasaannya masalah ini tidak dapat dikesan sehinggalah seorang ibu mengalami masalah ini untuk kali pertama seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan. Daripada pemeriksaan yang dijalankan, biasanya pihak Doktor akan membuat kesimpulan tentang penyebab kepada kelahiran pra matang tersebut.
Sekiranya ianya disebabkan oleh masalah pangkal rahim yang lemah, Ibu tadi perlu mendapatkan rawatan awal Doktor untuk kehamilan seterusnya. Umumnya, doktor akan melakukan rawatan melalui pembedahan yang dikenali sebagai cervical cerclage– jahitan di pangkal rahim bagi memastikan rahim tidak terbuka. Jahitan ini adalah untuk memastikan rahim tertutup rapat dan tidak terbuka sebelum masanya.
Cervical Cerclarge Kebiasaannya proses ini dilakukan selepas minggu ke-12 hingga ke minggu 16 kehamilan jika wanita itu berkemungkinan mengalami keguguran/ berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang. Tetapi rawatan ini tidak boleh dilakukan jika membran pecah atau terdapat jangkitan. Selepas pembedahan, pemeriksaan dan pemantauan akan dilakukan untuk mengelakkan sebarang masalah jangkitan. Jahitan akan dibuka semula sebaik sahaja kontraksi bermula pada minggu-minggu terakhir kehamilan atau dibuka selepas kehamilan sampai di minggu yang selamat iaitu minggu ke 37.
Terdapat tiga jenis jahitan yang biasa digunakan untuk cervical cerclarge iaitu Shirodkar, McDonals atau 4steps.
Jenis jahitan untuk cervical cerclarge Walaupun jahitan telah dibuat, ibu-ibu tetap dinasihatkan untuk banyak berehat, tidak menjalankan aktiviti berat atau membuat perjalanan pada jarak yang jauh. Malah hubungan seksual juga perlu dielakkan bagi mengelakkan kontraksi awal berlaku. Ini bagi memastikan jahitan tersebut tidak terbuka dan bagi memastikan bayi dapat dikandung hingga ke minggu kehamilan yang selamat.
Fakta
Pada kebiasaanya Cervical Cerclarge akan dibuat di Bilik OT dan mama akan dibius separuh/penuh manakala untuk membukanya pula, ia boleh dilakukan di bilik Doktor sahaja.Salam sayang & Jumpa Lagi !
(Visited 993 times, 1 visits today)Mata Yang Sihat dan Segar Dengan Carotomax Siapa Yang Tidak Boleh Mengambil Vitalea?
2 thoughts on “Cervical Incompetence Pada Ibu Hamil- Fahami Bahaya dan Rawatannya!”
Leave a Reply
Cervical Incompetence Pada Ibu Hamil- Fahami Bahaya dan Rawatannya!
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.
- Dulu Terlantar 6 Bulan Lebih, Pesakit Slip Disc Kronik Kini Makin Sihat dan Boleh Bekerja
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
Komen Terkini
- Aziz on Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
- Muslimah on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Kauthar mohd on Terseksa Sebab Migrain? Atasinya Dengan Set Migrain Shaklee
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (82)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
Wow!! Best Sangat!
informasi yg sangat berguna bagi sy ..thanks..
jemput berblog walking ke blog sy
http://bit.ly/1tRuWDn
Bila difikirkan semula hamil adalah satu kesempatan yang berharga…
Abdul recently posted…PANDUAN ASAS SEO ON-PAGE DAN OFF-PAGE SEO