• Energizing Soy Protein @ ESP Shaklee

    Salam semua;

    Hari ini saya ingin berkongsi beberapa fakta yang menarik dan soalan-soalan yang sering ditanya tentang ESP. Rata-rata mengatakan ESP adalah di antara produk yang sangat Hot di dalam Shaklee. Jom kita tengok 🙂

    ESP Shaklee Yang Menjadi Bualan Ramai


    ESP ni apa ye?
    ESP adalah serbuk protein asli kacang soya Non GMO. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, jus atau susu. ESP boleh dibancuh dengan air sejuk atau air suam bagi memastikan struktur proteinnya terpelihara dan tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

    Dengar Kata Soya Boleh Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan Jika Diambil Secara Berpanjangan. ESP Pula Macam Mana?
    ESP adalah Non -Genetic Modified Origin Soy. Non GMO Soy adalah penghasilan soya secara biasa dan semulajadi tanpa mengubah genetik soya itu sendiri. Proses tanamannya juga bebas dari penggunaan racun rumpai dan bahan kimia. 

    Dapatkan Khasiat Non GMO Soy Daripada ESP Shaklee

    Yang dikatakan bahaya ialah GMO Soy. GMO adalah Genetik soya yang diubahsuai. Banyak tumbuhan dan makanan di pasaran sekarang adalah GMO. Ini kerana pada kebanyakan masa permintaan terhadap soya adalah melebihi hasil pengeluaran.Bagi mendapatkan hasil yang besar dan kekerapan tuaian yang lebih, teknik GMO telah digunakan secara meluas di dalam industri pertanian.

    Hasilnya juga kesan makanan GMO pada tubuh adalah berlawanan dari fungsi asalnya (non GMO). Ini kerana genetiknya sudah diubah dan menyebabkan soya yang asalnya baik untuk tubuh, boleh bertukar menjadi racun pada tubuh sekiranya diambil secara berterusan.


    1 Canister Boleh Tahan Berapa Bulan?
    1 canister ESP ni boleh tahan sehingga 3 bulan mengikut kekerapan penggunaan. Sekali minum bancuh 1 sudu besar pun dah cukup. Sukatan maksima ialah 3 sudu besar sehari.

    ESP Ada Perisa Apa?
    ESP datang dalam satu perisa sahaja iaitu Perasa Vanilla. Ianya dijamin tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun bahan pengawet.

    Bagaimana Cara Minum ESP?
    Bancuh satu sudu besar ESP dengan dengan satu gelas air suam atau sejuk. Kacau atau shake hingga sebati dan  minum. ESP juga boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, jus atau susu. Elakkan penggunaan air panas bagi memelihara struktur protein ESP.



    ESP Boleh Buat Masker Tak Macam Vitamin C dan Vitamin E Shaklee?
    Boleh. ESP Shaklee boleh dibuat masker dengan mencampurkan 1 sudu ESP Shaklee dengan 2 sudu yogurt. Kacau dan tepekkan di muka. Bilas dengan air bersih/suam setelah kering.

    Apa khasiat ESP ni?
    ESP memang banyak khasiatnya. Jom tengok!

    Kalau untuk milkbooster, ESP dengan Alfalfa mana yang lagi bagus? 
    ESP mengandungi protein yang membantu pembentukan sel dan merupakan nutrien penting di dalam penghasilan susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein tetapi di dalam kuantiti yang sedikit. Kedua-duanya baik untuk ibu menyusu dan dan kesan bagi penggalakkan pengeluaran susu ibu adalah bergantung kepada individu masing-masing. Yang penting ibu menyusu harus fahami konsep asas di dalam penyusuan iaitu konsep Demand and Supply. 


    Siapa yang tidak boleh ambil ESP?

    • Individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein
    • Individu yang alah kepada soya
    • Pesakit cyst – ESP boleh meningkatkan kadar hormon estrogen dan peningkatan hormon estrogen boleh menyebabkan cyst semakin membesar.
    • Pesakit hipotiroid –  pesakit hipotiroid adalah mereka yang mengalami masalah kekurangan hormon tiroid. ESP selalunya dicadangkan untuk mereka yang mempunyai masalah hipertiroid atau terlebih hormon tiroid. ESP akan merendahkan lagi pengeluaran hormon tiroid dan sudah tentunya ia tidak sesuai bagi pesakit hipotiroid
    • Kanak-Kanak di bawah usia 1 tahun

    Selain itu, ESP sesuai untuk:-

    • Ibu-ibu yang sibuk. Semua ibu memang sibuk kan? ESP akan membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.
    • Mereka yang ingin menguruskan badan. Hanya bancu ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi. Ianya memberi rasa kenyang yang lebih lama dan tidak perlu lagi mengambil sarapan yang berkalori tinggi.
    • Ibu-ibu menyusukan. ESP membantu di dalam menggalakkan pengeluaran susu di samping pengambilan air yang cukup dan proses penyusuan dan pengepaman yang konsisten.
    • Pesakit kencing manis: ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
    • Wanita yang mementingkan kecantikan. ESP membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan lebih bermaya.
    ESP sangat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan
    WOW, patutlah ramai suka ESP. Jom Dapatkan satu hari ini.
    ESP juga boleh digabungkan pengambilannya dengan pelbagai vitamin lain bagi meningkatkan lagi khasiat dan keberkesanannnya.
    Nak order ESP secara online?. Klik di bawah ini 🙂
    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cb9233ed32223e52344649be4f3d1147

     

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

     JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

     

    (Visited 60 times, 1 visits today)

    Categories: Produk Shaklee

    Tags: , , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge