• Garlic Complex ~ Antibiotik Semulajadi

    Salam semua,

    Dalam entry yang lepas Mek ila ada menceritakan tentang pembuatan Garlic Oil untuk mengatasi masalah selsema dan batuk pada kanak-kanak.

    Bagi orang dewasa pula, mereka amat digalakkan memakan bawang putih mentah atau bawang putih yang telah dibakar bagi mengatasi masalah ini. Namun saya percaya memang ramai yang tak sanggup untuk menelan atau memakan bawang putih ini kerana baunya yang kuat kan?

    Garlic Complex

    Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi ini, mari kita tengok kaedah penghasilan Garlic yang dikeluarkan oleh Shaklee:-


    Garlic Complex dihasilkan daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas dan bebas sepenuhnya daripada penggunaan racun perosak. Penghasilan Garlic Complex pula dijalankan secara terkawal iaitu pada pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan allicin pada tahap 100%. 

    Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh.  Harus difahami bahawa tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai allicin aktif.


    Antibiotik Semulajadi

    Garlic Complex merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh badan bagi menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida . Ianya amat  bagus untuk melawan bakteria dan jangkitan pada:

    • kerongkong, tekak dan telinga
    • Perut -cirit-birit @ perut memulas
    • Bronkitis
    • Luka-luka; dan
    • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut dan sistem perkumuhan

    Selain itu, Garlic Complex amat baik untuk:-

    •  meningkatkan tahap sistem penghadaman dan fungsi jantung yang yang lebih baik ~ mengandungi ekstrak spearmint
    • membantu mengatasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
    • membantu dalam mengatasi masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman makanan.
    • pengambilan 2-4 biji garlic secara konsisten setiap hari mampu menstabilkan tekanan darah tinggi. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
    Garlic Complex Terbaik
    • membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
    • membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium, germanium dan acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
    • mengelakkan Odema iaitu pengumpulan air di dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
    • meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah, khusus untuk pesakit Diabetes

     Dapatkan Garlic Complex Anda Sekarang

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

     

    (Visited 158 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: , , ,

    2 thoughts on “Garlic Complex ~ Antibiotik Semulajadi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge