• Impian Jadi Kenyataan – Part 2

    Memang seronok bila Arif dapat memenuhi impiannya. Mek ila juga pernah ada impian pada masa kecil dahulu. Walaupun ianya agak kelakar, Mek ila kongsikan juga kerana impian ini juga pernah menjadi inspirasi untuk Mek ila belajar bersungguh-sungguh pada masa dahulu.

    Pernah dengar tak lagu Kain Pelikat Nyanyian Anuar Zain & Ellina? Lagu tu memang menjadi kesukaan ramai ketika zaman kanak-kanak Mek ila dahulu. Boleh dikatakan kerana lagu itu jugalah, Mek ila amat meminati Anuar Zain sejak zaman kanak-kanak lagi.

    Gambar Anuar dan Ellina

    Daripada sekolah tadika hinggalah masuk ke sekolah menengah, Mek ila masih meminati Anuar Zain. Di sekolah menengah dahulu Mek ila ada sahabat yang bernama Yan. Ayah Yan pernah berjanji untuk menemukan Yan dengan penyanyi kesukaannya- Riot daripada kumpulan Cool jika Yan dapat result SPM yang  bagus.  Wah memang best kan kalau dapat jumpa penyanyi kesukaan kita? Lebih-lebih lagi pada zaman dahulu memang susah nak dapat info atau update tentang artis-artis ni. Di dalam hati Mek ila berkata ‘ kalau Mek ila, tentulah  nak jumpa Anuar Zain’.

    Tahun berganti tahun, impian itu tidak pernah terlaksana dan Mek ila masih meminati Anuar Zain. Habis SPM saya sambung buat Diploma, habis Diploma sambung buat Degree pula. Alhamdulillah Mek ila mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Degree walaupun tidak meminati kursus tersebut. Memang perit juga untuk belajar kursus yang tidak Mek ila minati . Pernah semasa bekerja, Mek ila mendapat jemputan untuk pergi ke Dinner dan  dikhabarkan yang Anuar Zain akan menjadi penyanyi jemputan pada malam itu. Beria Mek ila pergi , tapi hampa juga sebab yang datang adalah penyanyi lain.

    Sampailah Mek ila habis buat Master, Mek ila masih tidak dapat berjumpa Anuar Zain dan akhirnya  impian tersebut hilang begitu sahaja. Di hari konvokesyen Mek ila di UKM, Mek ila diundang oleh seorang kawan untuk hadir ke majlis dinner.  Asalnya memang tak mahu pergi kerana penat convo masih terasa tetapi memandangkan Mek ila telah berjanji, Mek ila penuhi juga permintaannya. Dan Guess What ” Anuar Zain ada pada malam tu sebagai penyanyi jemputan”. Wahhhhhh 🙂

    Anuar Zain yang tetap nampak muda walaupun dah  4 series. Makan Vivix ye?

    Anuar Zain memang mempunyai peminat yang sangat ramai. Walaupun pertama kali bersua Mek ila rasa terharu kerana dapat melihat keikhlasan Anuar Zain di dalam melayan peminatnya. Sayangnya Mek ila tidak sempat bertemu atau bergambar bersama kerana Anuar Zain sentiasa dikerumuni peminat hinggalah shownya tamat.

    Mek ila pulang lewat daripada majlis tersebut kerana tidak ingin bersesak-sesak dengan yang lain. Tanpa disangka-sangka Mek ila bertemu dengan Anuar Zain sekali lagi di depan dewan. Wahhh 🙂

    Memandangkan ramai yang dah pulang, Mek ila dan suami mengambil kesempatan untuk menegur Anuar Zain. Biarpun penat, Anuar Zain masih melayan kami dan beberapa orang rakan yang lain. Sempat juga Mek ila ceritakan bahawa beliau memang menjadi inspirasi kepada Mek ila selama ini. Sempat jugaklah minta autographs. Jom tengok 🙂

    Autograph Anuar Zain Yang Mek ila simpan bersama gambar Convo Tadika

    Apa yang boleh Mek ila nyatakan, Anuar Zain memang ‘humble’ dan melayan peminatnya dengan baik. Inilah salah satu sebab mengapa beliau boleh bertahan lama di dalam industri muzik tanah air tanpa ada kontroversi atau perkara-perkara yang tidak baik. Jadi Mek ila memang tidak rasa menyesal kerana menjadikan beliau inspirasi secara tidak sengaja 🙂

    Jumpa Lagi !

     

    (Visited 57 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif, Motivasi

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge