• Kelebihan Solat Dhuha

    Assalamualaikum w.b.t. & Salam semua 🙂

    Pembaca semua dah solat Dhuha?

    Bagi yang belum menunaikan solat dhuha atau tidak pernah membuat solat dhuha, mari sama-sama kita pelajari tentang kelebihan dan cara-cara membuat solat dhuha ini.

    Solat Sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

    Bagi yang mengamalkan solat dhuha, hati pasti teringat-ingat untuk menunaikannya tidak kira di mana sahaja

    Nak tahu kelebihan Solat Dhuha ini?

    Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Berikut adalah tiga hadis yang menceritakan tentang kelebihan solat Dhuha. 

    Raulullah SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

    Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

    Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

    Kelebihan Solat Dhuha

    Panduan Mengerjakan Solat Dhuha

    • Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah SAW ialah lapan rakaat.
    • Waktu solat Dhuha ialah ketika matahari sedang naik (anggaran pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi)

    Cara Melakukan Solat Dhuha:

    1. Membaca niat solat sunat Dhuha ertinya: ” Sahaja aku solat Sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
    2. Bacaan rakaat pertama ialah surah Al-Fatihah dan surah As-Syam
    3. Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha
    4. Setelah selesai memberi salam, bacalah doa sunat Dhuha yang bermaksud;

    “Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. 

    Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”

    Jangan risau jika pada peringkat awal ini, kita masih belum dapat menghafal doa Dhuha ini. Daripada pengalaman, saya sendiri mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk menghafal doa ini dengan betul. Sebelum itu, saya seringkali merujuk kepada doa dhuha yang saya simpan di dalam telefon. Arif sendiri turut membantu saya menghafal doa ini setiap pagi ketika saya menghantarnya ke sekolah. Alhamdulillah Arif terlebih dahulu menghafal doa ini dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu kerana di sekolah beliau memang diajar untuk solat Dhuha setiap hari.
     

    Kata-kata madah daripada magikacerysikelip-kelip

     Lakukanlah solat dhuha dan pasti hati akan merasa perbezaannya, InsyaAllah.

    Salam sayang 🙂


    (Visited 1,140 times, 3 visits today)

    Categories: Motivasi

    Tags: ,

    3 thoughts on “Kelebihan Solat Dhuha

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge