• Mencari Tadika PraSekolah Untuk Anak

    Salam Semua 🙂

    Hari ini saya ingin berkongsi tentang topik mencari Tadika atau Sekolah untuk anak-anak bagi pra sekolah. Pra sekolah yang saya maksudkan ialah sekolah untuk anak-anak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun.

    Jom pergi sekolah 🙂

    Masih teringat lagi pengalaman saya kira-kira setahun yang lepas. Memandangkan Arif bakal berumur 4 tahun tidak lama lagi, saya dan suami telah mula membuat kajian bagi memilih tadika yang bersesuaian untuknya. Memang seronok rasanya bila memikirkan yang Arif bakal bersekolah walaupun hanya sekolah tadika. Ini kerana sekolah tadika merupakan satu tempat permulaan anak-anak untuk menimba ilmu selain daripada pendidikan tidak formal di rumah. Dalam rasa seronok tersebut ada juga perasaan risau memikirkan tentang keupayaan Arif untuk menyesuaikan diri di sekolah tersebut.

    Perkara pertama yang kami usahakan ialah mencari maklumat tentang senarai tadika yang ada di internet. Kami juga turut mendapatkan gambaran awal berkenaan sistem pembelajaran yang terdapat di sekolah tersebut melalui komen-komen dan pandangan ibu bapa yang ditulis di blog dan facebook.
    Akhirnya setelah membuat beberapa perbandingan, kami sepakat untuk memilih Tadika Little Caliphs di Sungai Merab, Kajang.

    Arif membuat lawatan awal ke sekolah sebelum bermulanya sesi persekolahan

    Antara sebab saya memilih sekolah ini ialah:-

    • Lokasinya berdekatan dengan rumah – ketika itu saya masih menetap di Sg Merab
    • Pemilik tadikanya merupakan seorang guru yang baik dan bertimbang rasa. Terus terang saya katakan berdasarkan pengalaman saya di bidang pekerjaan dan pemilihan tadika sebelum ini  ‘ketua yang baik akan melahirkan pekerja-pekerja yang baik dan seterusnya sikap itu akan disemaikan oleh guru-guru kepada anak muridnya’. 
    • Sistem pembelajarannya yang berorientasikan Islamic & menggunakan Bahasa Inggeris.
    • Yuran bulanannya agak berpatutan iaitu RM390 sebulan dan yuran ini tidak semahal tadika lain yang hampir mencecah RM650 sebulan.

    Alhamdulillah Arif sangat gembira di sekolahnya. Belum pun sampai setahun, pelbagai perkara telah Arif pelajari. Kalau pembaca semua masih ingat, di entry Solat Dhuha dulu, saya ada menceritakan bahawa saya belajar menghafal doa solat dhuha bersama-sama Arif kerana Arif telah menghafalnya terlebih dahulu.

    Antara Aktiviti Mewarna dan Melukis Arif di sekolah

    Oh ye, untuk makluman pembaca semua terutamanya yang menetap di Semenyih, Little Caliphs Cawangan Taman Tasik Semenyih akan dibuka untuk sesi persekolahan pada tahun 2015 nanti.

    Kepada semua ibu bapa, dijemput hadir ke hari Terbuka Tadika Little Calips Cawangan Taman Tasik Semenyih pada hari ini, Sabtu ini 27 September 2014 jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang.
    Pendaftaran dibuka untuk pra sekolah untuk umur 4, 5 & 6 Tahun.

    Hari Terbuka Little Caliphs Cawangan Taman Tasik Semenyih
     
    Inilah sekolahnya. Comel kan? 

    Pendaftaran dibuka untuk pra sekolah untuk umur 4, 5 & 6 Tahun.

    Salam Sayang dan Jumpa Lagi!

    (Visited 295 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Tentang Semenyih, Family Arif

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge