• Merawat Lelah dan Asma Dengan Minyak Ikan Omega Guard

    Salam Semua.

    Selain demam, batuk dan selsema, antara masalah kesihatan lain yang kerap terjadi kepada kanak-kanak adalah serangan asthma. Adakah anak anda menghidap Asma? Tahukah mengapa Asma/Athma terjadi? Memang cemas rasanya bila anak terkena serangan asma. Ada yang sampai terpaksa bermalam di hospital atau berulang alik ke hospital untuk mengambil Nebulizer.

    Pengambilan Nebulizer

    Apa itu Asma

    Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

    Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan. Penyakit ini  boleh membawa maut seandainya tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

    Perbezaan Bronkiol Pesakit Asma dan Normal

     Punca-Punca Asma

    • Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
    • Merokok.
    • Perubahan cuaca.
    • Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
    • Senaman berlebihan.
    • Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
    • Makanan dan perasa tambahan makanan.
    • Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
    • Emosi.
    • Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).

     Asma  di kalangan Kanak-Kanak

    Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

    Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan. Hasil kajian mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

    Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).

    Antara sumber Omega 3 terbaik ialah dari ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel. Walaubagaimanapun, sekiranya sukar untuk mendapatkan bekalan ikan-ikan ini, alternatifnya anak-anak boleh diberikan supplement Omega Guard.

    Pengambilan minyak ikan boleh mengatasi masalah serangan asthma

    FaktaTentang OmegaGuard

    • 1 kapsul OmegaGuard membekalkan 905mg asid lemak omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA, HPA, ETA, STA, DPA. Asid Lemak ini bertindak mengurangkan keradangan di saluran pernafasan yang menghalang laluan pernafasan mengecil dan kesukaran bernafas.
    • Diproses melalui kaedah penyulingan proprietari molekul 3 peringkat bergred farmaseutikal bagi mengekalkan kualiti dan ketulenannya
    • Melalui kaedah penyulingan ini, bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, arsenic, plumbum dan lain-lain dapat disingkirkan
    • Diperbuat daripada minyak ikan tulen dan bukannya dari minyak hati ikan
    • Diperbuat daripada ikan-ikan air laut dalam seperti mackerel, sardine dan herring yang mengandungi tahap merkuri yang sangat rendah di mana kehadiran merkuri ini telah berjaya disingkirkan melalui proses penyulingan 3 peringkat yang digunapakai

    Pengambilan Omega Guard secara berterusan boleh merawat masalah pernafasan serta menyihatkan paru-paru, InsyaAllah.

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

    (Visited 233 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: ,

    3 thoughts on “Merawat Lelah dan Asma Dengan Minyak Ikan Omega Guard

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge