• Nutrisi Terbaik Untuk Kanak-Kanak

    Hampir semua kanak-kanak akan mengalami masalah kesihatan seperti demam, batuk dan selsema di sepanjang hayat mereka. Demam sebenarnya bukanlah satu penyakit tetapi adalah gejala yang ditunjukkan dengan cara peningkatan suhu badan. Bagi yang masih tidak tahu, demam adalah salah satu cara badan kita untuk melawan penyakit di dalam tubuh.

    Bila anak sakit, ibu bapa juga bagaikan sakit sama. Bayangkan hari ini si anak tersenyum dan bermain dengan riangnya. Bila anak jatuh sakit seperti demam dan sebagainya, segala-galanya berubah. Gelak ketawa mereka diganti dengan rengekan dan tangisan. Lebih menyedihkan apabila kadang-kadang mereka juga tidak lalu untuk makan.
    Daripada kajian juga didapati kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan lebih mudah diserang penyakit berbanding dengan kanak-kanak yang tinggal dirumah. Ini memang Mek ila akui sendiri berdasarkan pengalaman dengan Arif dahulu.
     
    Sedihnya bila si manja demam
     

    Walaupun Arif menyusu badan sepenuhnya hingga dua (2 tahun), sistem imun badannya agak lemah dan mudah diserang demam atau selsema. Pelbagai cara dan kaedah telahMek ila cuba bagi memastikan tahap kesihatannya berada pada tahap yang optima. Alhamdulillah, semakin Arif membesar, terdapat peningkatan yang amat baik di dalam kesihatannya.

    Supplemen Untuk Kanak-Kanak

    Adakah kanak-kanak memerlukan supplemen? Sebenarnya soalan ini memang sering bermain-main di minda ibu bapa termasuk Mek ila. Semasa Arif berusia 6 bulan, Mek ila telah membawanya berjumpa pakar bagi memantau tahap kesihatannya. Doktor pakar menyarankan agar Arif diberikan sirap multivitamin yang ada di pasaran bagi membantu meningkatkan tahap kesihatannya. Mek ila tidak terus membeli sebaliknya pulang ke rumah dan membuat sedikit kajian tentang supplemen yang bersesuaian. Daripada pembacaan juga, Mek ila mendapati kanak-kanak di bawah 1 tahun tidak memerlukan supplemen tambahan seandainya tahap kesihatan mereka berada di tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, jangan ambil supplemen tanpa nasihat pakar. Kerana itu jugalah kita akan mendapati bahawa kebanyakan supplemen yang ada pasaran hanya dicipta untuk kanak-kanak berusia 1 tahun dan 2 tahun ke atas.

    Set Vitamin Shaklee Untuk Kanak-Kanak
    Ok, jom kita tengok kandungan Set Vitamin Shaklee untuk kanak-Kanak ini. Ianya terdiri daripada Chewable Vita C, Meal Shakes dan Omega Guard. Sukatan dan bilangan vitamin yang perlu diambil oleh kanak-kanak ini adalah berbeza mengikut umur. Terkini telah ada juga Vitalea For Children yang merupakan multivitamin lengkap untuk anak-anak.

     

    Jom kita tengok fungsi setiap vitamin ini untuk anak-anak.

    Chewable Vita C

     
    Chewable Vita C For Kids

    Omega Guard

    • penting bagi perkembangan dan fungsi otak anak
    • meningkatkan sistem imunisasi
    • meningkatakan tahap kesihatan anak
    • membantu mengurangkan masalah berkaitan pernafasan seperti asma.
    • Baca lebih lanjut tentang khasiat Omega Guard di sini.

    Meal Shakes

    • penting untuk pembesaran yang kuat dan sihat
    • mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
    • kaya dengan sumber kalsium dna protein
    • membantu mengurangkan masalah berkaitan seperti asma, ekzema, sembelit atau kurang selera makan di kalangan kanak-kanak. Baca lebih lanjut tentang meal shake di sini.

    Alhamdulilah sejak mengenali Shaklee, Mek ila juga telah memberikan ketiga-tiga nutrisi ini kepada Arif dan Akmal. Doa Mek ila, agar mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat membesar dengan sihat dan sempurna, Amin.

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

    (Visited 61 times, 1 visits today)

    Categories: Set Vitamin Shaklee

    Tags: , , ,

    3 thoughts on “Nutrisi Terbaik Untuk Kanak-Kanak

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge