• Penyebab Isteri Tidak Hamil : Masalah Kesuburan Lelaki

    Kisah Benar Masalah Kesuburan Lelaki.

    Suatu masa dahulu, kaum wanita atau si isteri sering dipersalahkan sekiranya mereka lambat mendapat cahayamata.Meletakkan tanggungjawab atau kesalahan ini di bahu isteri sebenarnya adalah tidak relevan kerana untuk mendapatkan cahayamata kedua-dua pasangan suami dan isteri perlu sama-sama subur dan sihat.

    Bagi lelaki, faktor kesuburan mereka adalah berkaitan dengan kesempurnaan sperma yang dihasilkan oleh mereka. Sebelum Mek ila  bercerita lebih lanjut tentang penyebab ketidaksuburan lelaki,mari kita tengok gambar-gambar di bawah ini yang menerangkan perbezaan di antara sperma yang sihatdan sperma yang  tidak sihat.

    Perbandingan sperma daripada segi kuantiti, struktur dan pergerakannya
    Perbandingan struktur sperma normal dan abnormal
    Perbandingan struktur sperma normal dan abnormal yang lebih terperinci.
    Credit: jablonskidiagram.com

     

    Ini bermakna kesuburan lelaki bukan hanya dilihat kepada penghasilan sperma tetapi bilangan sperma yang dihasilkan, bentuk sperma yang normal dan juga pergerakannya.

    Antara Penyebab Lelaki Tidak Subur

    1. Berat badan tidak ideal – terlalu kurus atau terlalu gemuk boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon
    2. Pengambilan ubat terlarang seperti ganja boleh menyebabkan kemandulan atau ubatan antibiotik seperti tetracycline boleh  menurunkan hormone testosterone sehingga 20%.
    3. Tekanan perasaan
    4. Merokok – merokok boleh menyebabkan masalah kesuburan kepada lelaki
      Merokok Boleh Mengurangkan Kesuburan
    5. Faktor pekerjaan dan persekitaran – sebagai contoh saintis yang sering terdedah kepada bahan kimia berlebihan boleh menyebabkan kemandulan.
    6. Pemakanan yang tidak sihat seperti gemar mengambil makanan sejukbeku atau makanan ringan.
    7. Air mani yang tidak normal dan tidak mengandungi sperma yang mencukupi
    8. Struktur sperma tidak sihat.
    9. Masalah pada buah zakar seperti jangkitan atau luka pada testis.
    10. Hypogonadism– peningkatan usia menyebabkan lelaki kekurangan hormone testosterone dan boleh menjadi tidak subur.

     

    Ujian Kesuburan Lelaki

    Ujian air mani merupakan satu-satunya ujian yang boleh menentukan kesuburan lelaki.Dalam ujian ini, sample air mani suami akan diambil dan diuji bagi mengenalpasti kemampuannya  menghasilkan sperma dan tahap kesuburan sama ada  bilangan sperma mencukupi, mempunyai struktur yang normal dan aktif. Bagi para suami, jnagan takut  takut untuk membuat ujian ini kerana walaupun mempunyai masalah, ianya boleh dirawat  dan dipulihkan berdasarkan masalah yang dialami.

    Jadi para suami, janganlah hanya mengharapkan isteri menjalani ujian untuk kehamilan, sama-samalah jalani ujian ini agar masalah sebenar dapat diketahui.

     

    Set Kesuburan Lelaki Shaklee

    Mari kita lihat bagaimana set vitamin Shaklee boleh membantu menangani masalah ketidaksuburan suami.

    Set Kesuburan Lengkap Lelaki

    Set Lengkap Kesuburan Lelaki Dengan coQ Health

    Fungsi setiap Vitamin Untuk Kesuburan Lelaki

    1. Vita-E Complex

    • melindungi jantung
    • mempertingkatkan kemampuan reproduktif
    • anti-Penuaan
    • anti-oksidan yang kuat
    • meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga
    • memperbaiki arthritis
    • memperbaiki parut

    2. Zinc Complex

    • memperbaiki kebolehan seksual lelaki dan meningkatkan keupayaan seks
    • zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki
    • menambahkan keupayaan fungsi seksual lelaki
    • membentuk kolagen
    • memperbaiki masalah berkaitan prostat
    • membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan memperbaiki diabetes
    • mempercepatkan pemulihan luka

    3. CoqHealth

    • meningkatkan kesuburan
    • meningkatkan bilangan sperma
    • meningkatkan kelajuan pergerakan sperma
    • mengurangkan peratusan sperma yan abnormal
    • menguatkan fungsi jantung
    • mencegah penyumbatan pada saluran darah.

    Nak dapatkan Set ini? Hubungi Mek ila hari ini.

     Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂
    (Visited 620 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Kehamilan dan Penjagaan Bayi, Produk Shaklee

    Tags: , , , ,

    6 thoughts on “Penyebab Isteri Tidak Hamil : Masalah Kesuburan Lelaki

    • Ummu Hanan says:

      Bile bercerita mengenai kesuburan ini, memang tidak dinafikan suami dan isteri perlu memainkan peranan yang sama. Sbb kadangkala masalah kesuburan ini bukan hanya berkait dengan kaum wanita sahaja, malah kaum lelaki juga. Alhamdulillah, kaum lelaki zaman kini semakin ramai yang mempunyai minda terbuka mengenai isu ini..Syabas diucapkan! ^_^

    • Ummu Hanan says:

      Bile bercerita mengenai kesuburan ini, memang tidak dinafikan suami dan isteri perlu memainkan peranan yang sama. Sbb kadangkala masalah kesuburan ini bukan hanya berkait dengan kaum wanita sahaja, malah kaum lelaki juga. Alhamdulillah, kaum lelaki zaman kini semakin ramai yang mempunyai minda terbuka mengenai isu ini..Syabas diucapkan! ^_^

    • Ila Fyra says:

      Betul tu Ummu Hanan. Dua-dua saling bertanggungjawab. Mudah-mudahan dengan sikap tolak ansur dan saling memahami ini, akan mengeratklan lagi ikatan mereka dan dipermudahkan dapat zuriat yang diidam-idamkan.

    • Wulan says:

      air putih serta khasiatnya bagi ksaheaten tubuh Posted by ubalin webblog, Apr 24, 2012 Tip Sehat 1 Comment 0 Views : 808 Print Sudah menjadi kebiasaan saya dan keluarga untuk minum air putih setiap pagi

    • titan says:

      dua-dua main peranan.

      takde sorang, zuriat takde.
      titan recently posted…Gua bukan Ahli Nujum Negara macam Pak Belalang.My Profile

    • MNH says:

      ramai lelaki gemar salahkan isteri bila isteri tak hamil padahal dia yang x subur
      MNH recently posted…THIARA SONGKET RAYA EDITION DRESSMy Profile

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge