• Permainan Kanak-Kanak

    Bercakap tentang kanak-kanak, satu perkara yang tidak dapat dipisahkan ialah permainan. Anak-anak memang suka bermain.Tidak kiralah sama ada objek permainan yang betul atau pun objek-objek  barangan rumah yang dijadikan sebagai permainan.

    Bercakap tentang dua orang putra kesayangan saya, dua-duanya mempunyai kecenderungan yang sama. Suka menjadikan barang-barang di dalam rumah sebagai permainan. Ha ha ha,  antara objek yang disukai oleh mereka ialah:-

    • tupperware
    • senduk dan periuk
    • barang-barang bertukang seperti screwdriver dan penukul besi
    • mesin rumput
    • chain saw
    • batang pancing
    • sudu dan garfu
    Main permainan pancing-pancing

    Bila tengok Arif memancing di dalam longkang ni, rasa nak tergelak pun ada. Kanak-kanak memang kreatif dan ada kalanya kreativiti mereka melebihi jangkauan kita. Hanya dengan bertanya apakah kegunaan pancing yang dijumpai di dalam stor, Arif cepat-cepat membawa pancing ke luar rumah untuk merealisasikan permainan barunya ini.

    Kebaikan dan Kepentingan Bermain

    Aktiviti bermain sebenarnya amat baik untuk :-

    • membantu perkembangan fizikal kanak-kanak. 
    • kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus mereka bagi menjayakan sesuatu aktiviti permainan. 
    • membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.
    • mengajar kanak-kanak mengamalkan cara hidup yang sihat
    • membantu anak-anak untuk mencipta kreativiti dan inovasi.

    Panduan Memilih Permainan

    • Pilih permainan yang sesuai mengikut usia. Jangan beli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau mudah tertanggal terutamanya bagi anak berusia 3 tahun ke bawah. Ia boleh membuatkan anak tercekik.
    • Pilih permainan yang selamat dari segi material (tidak mengandungi toksik) dan mempunyai permukaan yang  bahaya kepada anak.
    • Pilih permainan yang dapat mengasah minda anak-anak anak.
    • Baca label pada permainan sebelum membelinya.

    Tips Tambahan + Jimat

    • Jangan beli terlalu banyak permainan untuk anak dalam satu-satu masa. Ajarlah anak kita untuk menghargai dan menyayangi permainannya.
    • Simpan permainan anak yang masih elok dan yang tidak lagi sesuai dimain ke dalam plastik dan simpan di tempat yang selamat. Permainan ini boleh diwarisi dan diturunkan kepada adik-adiknya nanti.
    • Pelbagaikan jenis permainan bagi menambah kemahiran dan kreativiti anak.
    • Simpan semua permainan di tempat yang khusus dan selamat. Ajar anak kita untuk mengemas dan menyimpan kembali permainannya.

    Salam sayang dan Jumpa Lagi 🙂

    (Visited 547 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif, Mendidik Anak

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge