• Resepi Kek Oren Simple + Sedap

    Salam semua 🙂

    Nak tanyalah pada pembaca semua, pandai tak buat kek? Mek ila sebelum ini adalah seorang yang tidak tahu langsung apa-apa tentang kek, hanya tahu makan sahaja, hihi. 

    Segalanya bermula bila kami membeli oven. En hubby mula bagi hint nak rasa kek buatan Mek ila. Memang menggelabah juga walaupun sebelum ini  memang pernah menghadiri kursus keusahawanan kek dan bakeri tetapi Mek ila tidak pernah mempraktiskan apa yang dipelajari hingga bertahun-tahun dan akhirnya terus lupa.

    Jadi, kepada pembaca yang tidak pernah buat kek tapi nak cuba buat kali pertama dan nak ianya berjaya, Mek ila kongsikan satu resepi kek yang simple tapi sedap.Kalau nak tahu, inilah kek pertama yang Mek ila cuba buat dan Alhamdulillah ianya menjadi.. memang seronok sangat bila kek yang dibuat jadi dan menjadi santapan suami dan anak tercinta.

    Jom kita mulakan kelas ~ hihi.. macam chef pulak ye 🙂

    Resepi Kek Oren Mudah
    Jom belajar buat kek
    Satu-satunya student Mek ila aka future Tokey Bakery 🙂

    Kek Oren

    Bahan-Bahan
    1. 4 biji telur
    2. 1 1/2 cawan majerin
    3. 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
    4. 1 1/4 cawan gula kastor
    5. 1 susdu kecil esen vanila
    6. 2 sudu besar sunquick oren

    Cara-Cara
    1. Di dalam mixer, pukul gula dan majerin hingga kembang
    2. Masuk telur, pukul satu persatu
    3. Masuk tepung sedikit demi sedikit, pukul rata
    4. Masukkan esen vanila dan sunquick.
    5. Tuang ke dalam loyang, bakar api bawah 180c selama 40-50 minit.


    Hasilnya… memang gebu dan sedap kek ini. Zoom sikit pada teskturnya 🙂
    Kek Oren Sedap
    Kalau nak tahu, ini satu-satunya kek yang ibu Mek ila makan walaupun selepas tu Mek ila makin advanced dan telah pandai membuat kek-kek lain seperti kek buah, kek chocolate, kek carrot dan sebagainya.
    Kek oren ini juga boleh dijadikan kek pelangi dan kek marble mengikut kreativiti. Caranya mudah sahaja: daripada bancuhan yang sama, kita asingkan menjadi beberapa bahagian dan diwarnakan mengikut warna-warna yang digemari seperti  hijau, merah dan sebagainya.
    Setelah dibancuh, tuang bancuhan ini selapis demi selapis di dalam loyang mengikut warna untuk menghasilkan lapisan yang lebih cantik dan beralun 🙂
    Selamat Mencuba !!!!
    (Visited 2,784 times, 1 visits today)

    Categories: Resepi Simple Sedap

    Tags: , ,

    One thought on “Resepi Kek Oren Simple + Sedap

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge