• Resepi Nasi Goreng Simple Sedap :-)

    Salam semua..

    Jom kita cuba resepi nasi goreng simple ni. Walaupun simple, rasanya sangat sedap dan licin dimakan, haha. Mudah disediakan dan menggunakan bahan-bahan asas yang biasanya memang ada di rumah. Tanpa perasa dan bahan pewarna, Sesuai untuk dimakan oleh anak-anak dan seisi keluarga.

    Bahan-Bahan
    1. 5 cawan nasi putih
    2. 1 ulas bawang merah
    3. 3 ulas bawang putih
    4. sedikit ikan bilis
    5. 1 biji telur
    6. sedikit garam halus

    Penyediaan
    Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.

    Cara Masak
    1. Masukkan sedikit minyak untuk menumis di dalam kuali
    2.Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga garing
    3. Setelah garing, masukkan telur dan kacau rata. Tambah sedikit garam halus.

    4. Masukkan nasi dan kacau rata. Tunggu sehingga nasi mendidih/panas.
    5. Siap !!!

     6. Untuk hiasan, taburkan cili besar. Boleh  buat bentuk bunga dan sebagainya mengikut kreativiti. Saya buat hiasan yang paling simple sebab namanya nasi goreng simple 🙂

    Nasi goreng simple yang sedap rasanya

    Nota
    i) Boleh tambahkan sayur-sayuran seperti carot yang dicincang halus untuk menambahkan lagi khasiat nasi goreng ini.
    ii) Macam mana nak tau nasi tadi digoreng hingga panas/mendidih- bila nampak wap-wap seperti asap keluar daripada nasi tadi.

    Salam Sayang 🙂

    ila Fyra

    (Visited 1,644 times, 4 visits today)

    Categories: Resepi Simple Sedap

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge