• Resepi Sardin HomeMade dan Bahaya Sardin Tin

    Salam semua;

    Masih di dalam mood ingin berkongsi resepi dengan pembaca semua. Kali ni dengan resepi yang agak special iaitu Sardin HomeMade 🙂

    Ada tak pembaca yang suka makan sardin? Pasti ada kan? Sardin adalah antara makanan dalam tip yang mudah diperolehi dan sedap rasanya. Walaupun begitu ramai yang tidak menyedari akan bahaya makan sardin di dalam tin ni. Saya tidak akan mengulas lebih lanjut tentang bahaya ini, cukuplah jika kita merujuk kepada label tempoh hayat sardin tin iaitu tarikh pengilangan dan tarikh tamat (expired date) seperti di bawah:-

    Jangka Hayat Sardin Tin Adalah Tiga Tahun

    Untuk tempoh jangka hayat 3 tahun ini, agak-agaknya berapa banyak bahan pengawet yang diperlukan dan dicampurkan ke dalam sardin ini bagi memastikannya kekal segar dan masih elok untuk dimakan? Saya serahkan kepada pembaca semua untuk menilainya ye!

    Ok, Jom kita tengok bahan-bahan untuk membuat Sardin Home Made ini.  Pressure Cooker diperlukan untuk memasak Sardin ini. Cara pembuatan ini saya pelajari ketika mengikuti Kursus Makanan Sihat yang dianjurkan oleh Resepi Masakan Sihat yang dimiliki oleh Puan Umi.

    Bahan-Bahan
    1. 1 kilo ikan sardin, dibuang kepalanya dan dipotong dua (supaya nampak real macam sardin tin)
    2. 10 biji tomato segar – dikisar halus
    3. 1 sudu besar gula
    4. 1 sudu besar garam

    Cara-Cara
    1. Masukkan tomato kisar ke dalam periuk
    2. Masukkan ikan, gula dan garam.
    3. Masak selama 1 jam

    Masak selama 1 jam menggunakan pressure cooker

    Setelah Sardin siap, Sardin ini bolehlah dimasak mengikut kesukaan para pembaca semua sama ada ditumis dengan cili dan sebagainya.

    Wah, senang je rupa-rupanya kan. Rasanya pun lebih enak dan segar berbanding Sardin Tin.
    Jangan Lupa Cuba Ye 🙂

    Salam Sayang
    iLa Fyra

    (Visited 1,038 times, 2 visits today)

    Categories: Resepi Simple Sedap

    Tags: ,

    One thought on “Resepi Sardin HomeMade dan Bahaya Sardin Tin

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge