• Sumber Kalsium Untuk Anak-Anak

    Salam semua.

    Kanak-kanak dan susu adalah dua perkara yang saling berkaitan. Susu juga merupakan sumber utama yang membekalkan kalsium yang sangat penting untuk pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak.

    Susu yang paling berkhasiat adalah susu Ibu. Kerana itulah setiap ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka secara ekslusif bagi tempoh enam bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga anak tadi berumur 2 tahun. Setelah kanak-kanak berumur 2 tahun, ada ibu bapa yang mula memperkenalkan susu segar atau fresh milk yang terdapat di pasaran bagi menggantikan susu ibu. Ada juga ibu bapa yang memilih untuk memperkenalkan susu formula kepada anak tadi.

    Terdapat juga kanak-kanak yang tidak mahu minum susu atau tiba-tiba enggan minum susu tanpa sebab-sebab yang tertentu. Perkara ini pastinya merungsingkan ibu bapa kerana merasakan yang anak mereka mungkin tidak akan dapat khasiat yang secukupnya apabila berhenti minum susu

    Terdapat kanak-kanak yang enggan minum susu atau berhenti susu secara tiba-tiba

    Sekiranya perkara ini berlaku, ibu bapa tidak perlu risau kerana sebenarnya masih ada banyak lagi sumber kalsium yang boleh diberikan kepada anak-anak sekiranya mereka enggan minum susu.

    Anatara sumber kalsium utama selain susu ialah:-

    • Keju
    • Yogurt
    • Sayuran Hijau seperti bayam
    • Ikan; dan
    • Kacang

    Sumber Makanan Kaya Kalsium ( sumber: healthandbloom.com)

     Selain itu, disenaraikan juga 10 buah-buahan yang kaya dengan sumber kalsium.

    Sumber Buah-Buahan Kaya Kalsium

    Jadi untuk mama dan papa, jangan risau jika anak-anak tidak mahu lagi minum susu kerana kita boleh memperolehi sumber kalsium daripada makanan dan buah-buahan yang lain. Untuk makluman juga, salah satu sumber ikan yang kaya dengan kalsium ialah ikan sardin, jadi mama dan papa bolehlah mencuba resepi home made sardin yang telah saya sediakan di sini.

    Salam Sayang & Jumpa Lagi!

    iLa Fyra

    (Visited 229 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge