• Vitamin Untuk Hati

    Masa kecil dahulu, Mek ila ada membaca cerita tentang Hati. Kisahnya tentang seorang Raja yang meminta hidangan terbaik dan hidangan terburuk daripada tukang masaknya. Untuk hidangan terbaik, tukang masak ini menyajikan hidangan Hati. Untuk hidangan terburuk pun hidangan Hati juga. Peninglah raja tadi dan bertanya kenapa dua-duanya hidangan yang sama? Jawab si tukang masak, ‘ Hati merupakan organ yang sangat penting dalam badan manusia dan yang menentukan sikap baik atau buruk manusia juga adalah Hati”. Hati yang bersih dan ikhlas akan membawa kepada tindakan yang baik manakala Hati yang dipenuhi sifat hasad dengki dan tidak ikhlas sering membawa kepada keburukan.


    Hihi, lebih kurang begitulah ceritanya walaupun mungkin susunan ayat untuk cerita ini agak berterabur.  Maklumlah itu cerita di zaman kanak-kanak dahulu, tetapi itulah hakikatnya kan, bagaimana hati kita berfungsi dari sudut kerohanian 🙂

    Ok, jom kita tengok pula fungsi hati dari sudut kesihatan fizikal.

    Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuklah:-

    Fungsi Hati Manusia

    Penyakit Berkaitan Hati(sumber : myHealath Portal)

    Hepatitis
    Hepatitis ialah penyakit yang disebabkan oleh radang hati. Radang hati disebabkan oleh ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem imun badan seseorang dan lain-lainnya. Penyakit hepatitis di Malaysia biasanya disebabkan oleh jangkitan virus hepatitis.
    Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:

    • Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
    • Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
    • Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.
    Sirrosis

    Komplikasi hepatitis yang kronik menyebabkan Sirrosis hati. Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati. Tanda-tanda sirrosis hati ialah :

    • Abdominal membengkak
    • Sangat mudah lebam
    • Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan
    • Muntah darah
    • Najis hitam

    Komplikasi sirrosis hati adalah amat merbahaya di mana ia boleh menyebabkan Kanser Hati dan membawa maut.  Bila sirrosis hati tidak mengekalkan fungsi-fungsi sebenar hati atau komplikasi tidak terkawal lagi, untuk meneruskan hidup pesakit itu memerlukan pemindahan organ hati yang baru menerusi prosedur transplan.

    Hepatitis B adalah salah satu penyakit Hati

    Untuk membaca lebih lanjut tentang artikel Hepatitis B yang dikeluarkan oleh Columbia Hospital Asia ini, klik di sini


    Penjagaan Hati

    Bagi menjaga kesihatan hati atau untuk membantu pesakit yang telah mengalami masalah hati, DTX Complex Shaklee adalah jawapannya. Berikut adalah khasiat DTX Complex:-

    • menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat.
    • mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu.
    • membekalkan antioksidan yang menyahtoksikkan hati
    • melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
    • mengandungi bahan ekstrak Schizandra, ekstrak Dandelion, ekstrak Cendawan Reishi, ekstrak kunyit dan ekstrak Articok.
    • ektrak biji benih Milk Thistle membantu penghasilan protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula.
    • mengandungi ramuan yang dapat membantu mengekalkan aliran hempedu
    • menawarkan bahan-bahan botani yang melindungi sel-sel hati
    • membantu badan mengeluarkan toksin.
    Kandungan DTX Complex

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang fungsi setiap kandungan DTX Complex, klik di sini.

    Perhatian
    DTX Complex tidak disarankan kepada wanita mengandung atau ibu-ibu menyusu. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun pula harus mendapatkan khidmat nasihat pakar kesihatan sebelum mengambil produk ini.

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

    (Visited 155 times, 1 visits today)

    Categories: Produk Shaklee

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge