• Vitamin Untuk Sendi Yang Sihat

    Salam semua.

    Pernahkah ibu atau ayah pembaca semua mengadu sakit-sakit sendi? Nak ruku’ atau sujud ketika sembahyang pun rasa sangat susah? Memang sedih kan bila perkara ini terjadi. Bayangkan semasa kecil, ibu dan ayahlah yang menjaga kita, mendukung dan mengendong kita ke sana ke mari. Bila dah tua, jangankan nak mengangkat cucu, kadang-kadang nak berjalan pun lutut terasa sakit.

    Bagaimana Sakit Sendi Berlaku?

    Terdapat berbagai jenis penyakit radang sendi yang selalu dihadapi oleh pesakit dan yang paling kerap dihadapi ialah Rheumatoid Arthritis (RA) dan Osteoarthritis (OA).

    Untuk lebih memahami apa yang berlaku apabila seseorang mengalami radang sendi, mari kita kaji bagaimana sendi-sendi di dalam badan bekerja.

    Sendi Normal dan Sendi Pesakit Osteoarthritis

    Pada asasnya, sendi adalah satu tulang bergerak pada tulang yang lain. Ligamen memegang dua tulang bersama-sama. Rawan pula meliputi permukaan tulang untuk menghentikan dua tulang daripada bergesel secara langsung terhadap satu sama lain. Lapisan rawan membolehkan sendi untuk bekerja dengan lancar dan tanpa rasa sakit. Ruang dalam sendi mempunyai cecair sinovial. Cecair sinovial lah yang bertanggungjawab menyuburkan sendi dan tulang rawan. Peningkatan usia akan turut mengurangkan kadar cecair sinovial didalam sendi yang biasanya berlaku kepada orang dewasa berumur 50 tahun dan ke atas.

    Osteoarthritis berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif. Keradangan berlaku apabila darah yang dibekalkan tidak mempunyai khasiat yang cukup untuk kesihatan sendi meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan manusia tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan sel yang diperlukan.

    Tanda-tanda penyakit Osteoarthritis

    • Sakit pada sendi yang terlibat.
    • Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi, contohnya ketika ruku’ atau sujud ketika mengerjakan solat
    • Mengalami kebengkakan sendi
    • Mengalami pembesaran tulang sendi.

    Nutrisi Untuk Sendi Yang Sihat

    Untuk mengekalkan Sendi yang sihat, terdapat empat jenis nutrisi yang diperlukan iaitu Glukosamina, Kalsium, Vitamin C dan Omega 3.

    Nutrisi Untuk Sendi Yang Sihat

    Set Vitamin Sendi dan Tulang Shaklee

    Berikut adalah fungsi bagi setiap Vitamin

    Advanced Joint Health Tablet ~ Mengekalkan tulang rawan yang sihat dan  memberikan manfaat kepad sendi dengan :-

    • menyokong keselesaan sendi
    • memelihara tisu penyambung yang sihat
    •  meningkatkan kesan kusyen

    Omega Guard Shaklee Mengurangkan inflamasi

    • Omega3  melambatkan degradasi tulang rawan
    • Mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi dan membantu mengurangkan gejala penyakit sendi
    • Sebagai pelincir dan membantu pesakit untuk bergerak dengan lebih bebas.
    • Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

    Ostematrix ~ Mengekalkan sel tulang yang sihat

    • Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen.
    • Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.
    • Kajian menunjukkan pengambilan kalsium  bukan sahaja membantu menguatkan tulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.
    Jangan tunggu lagi, Hadiahkan set ini kepada Ibu Bapa dan mereka yang tersayang!!

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

     

    (Visited 80 times, 1 visits today)

    Categories: Set Vitamin Shaklee

    Tags: ,

    4 thoughts on “Vitamin Untuk Sendi Yang Sihat

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge