• Vivix dan Cancer

    Salam pembaca semua.

    Hari ini Mek ila banyak menerima pertanyaan tentang Kanser dan supplemen yang sesuai untuk Kanser. Jadi di dalam entry ini ini Mek ila akan terangkan secara jelas tentang kanser dan supplemen yang sesuai diambil oleh pesakit kanser atau sesiapa sahaja yang ingin mengelak daripada berlakunya kanser, InsyaAllah.

    Sumber asal://www.kesihatan.biz

    Apa Itu Kanser?
    Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

    Sel Normal Di Dalam Badan
    Tubuh manusia  terdiri daripada trilion sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan seseorang, sel-sel normal berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka membesar. Setelah seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya untuk menggantikan sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.

     

    Perkembangan Sel Kanser

     

    Bagaimana Kanser Bermula

    Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stress dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.

    Penyebab Cancer

    “Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser.” Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.

    Bagaimana Sel Kanser Merebak
    Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

    Jenis Kanser
    Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser kulit dan leukemia.

    Jenis-Jenis Kanser

    Penyakit ini akan dinamakan mengikut di mana ia bermula. Sebagai contoh, yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon metastatik, bukan kanser hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati akan sama dengan yang terdapat di dalam kolon.

    Tumor yang Bukan Kanser
    Tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor yang bukan kanser dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah – ia boleh tumbuh dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi ia tidak boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh menyerang, ia juga tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis ini jarang mengancam nyawa.

     

    Supplemen Untuk Cancer

    VIVIX

     

    Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkesan yang dihasilkan oleh tumbuhan. Resveratrol juga merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada tahun 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular (DNA)

    Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami 🙂

     

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

     

    (Visited 112 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: , ,

    One thought on “Vivix dan Cancer

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge