• Yoyo Car- Permainan Terbaik Untuk Anak-Anak

    Salam semua 🙂

    Hari ni Mek ila nak berkongsi tentang permainan yang sangat disukai oleh Arif dan Akmal  dan ramai kanak-kanak yang lain juga.

    Permaianan yang Mek ila maksudkan ialah yoyo car. Yoyo car ni apa? Jom kita tengok sikit keterangannya.

    YOYO CAR

    Yoyo Car For Kids

    Yoyo car ni adalah permainan berbentuk kereta dan ada steering. Cara nak main sangatlah mudah, di mana kita hanya perlu gerakkan steering dan kereta ini akan bergerak. Mudah kan?

    Yang sangat BEST lagi, yoyo car ni tidak menggunakan sebarang bateri, minyak atau menggunakan elektrik. Ianya memang direkabentuk dengan kuasa gerakan seperti yoyo yang biasa kita main tu 🙂

    Jom kita tengok dua buah video di bawah untuk menyaksikan bagaimana yoyo car ini berfungsi:-

    Bagaimana yoyo car @ nama lainnya plasma car @ twist car berfungsi.. http://www.youtube.com/watch?v=d2fC37mTGRc

    Laju je budak ni main sbb dah terror 🙂
    http://www.youtube.com/watch?v=ljTJf8ou0nI

    Permainan ini asalnya Mek ila beli sebab tengok Arif suka sangat main di rumah seorang kawan. Masa tu usianya baru setahun lebih. Bila saya dah beli, ramai pula saudara mara yang berkenan dan ingin membelinya. Sejak itulah Mek ila mula menjual permainan ini secara online di http://elzababy.blogspot.com.

    Spesifikasi Yoyo Car

     

     

    ~Boleh menampung berat muatan sehingga 100kg
    ~Sesuai untuk anak-anak 3 tahun ke atas.
    ~Boleh membawa sehingga 2 penumpang kanak-kanak/ 1 penumpang kanak-kanak & seorang dewasa (mak ayah pun boleh main sama ye 🙂
    ~Tidak menggunakan elektrik, minyak (using a mystic power 🙂
    ~Bergerak apabila stereng digerakkan
    ~Kelajuan maksima 2.8m/saat
    ~Sesuai dimain di dalam kawasan rumah @ mana2 permukaan rata
    ~Mematuhi standard American Toy Safety
    ~Berat: +- 4 kg

    Istimewanya permainan ini memang dimain oleh Arif dari kecik sampailah sekarang dan disambung pula oleh Akmal. Nasib baiklah di rumah memang ada 2 buah, kalau tak berebut jadinya. Adakalanya Arif akan berlumba main dengan ayahnya danyang pastinya Arif lah yang akan menang sebab berat badannya lebih ringan, hihi. Yoyo car ini pula tahan lama dan Alhamdulillah tidak memerlukan sebarang kos ‘maintenance’ seperti permainan Arif yang lain.

    Selain menyeronokkan, permainan ini juga mengajar dan memberikan keyakinan kepada anak-anak  dalam mengkoordinasi pergerakan motor tangan dan kakinya 🙂

    Jom kita tengok komen-komen rakan Mek ila yang telah membelinya

     

    Memang enjoy main lebih-lebih lagi permainan ni boleh bawak 2 orang penumpang iaitu seorang dewasa dan seoarang kanak-kanak asalkan beratnya tidak melebihi 100kg. 
    Jom main sama-sama Arif dan Akmal !!!
    (Visited 292 times, 1 visits today)

    Categories: Mendidik Anak

    Tags: ,

    One thought on “Yoyo Car- Permainan Terbaik Untuk Anak-Anak

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge