• 6 Teknik Atasi Bengkak Susu Yang Boleh Dibuat Segera Di Rumah

    Salam Semua.

    Hari ini Mek ila ingin berkongsi lagi tentang info penyusuan yang sangat penting bagi ibu-ibu menyusu iaitu tentang bengkak susu dan dan cara-cara mengatasinya.

    Bengkak susu memang sangat menyakitkan malah Mek ila sendiri telah mengalaminya beberapa kali ketika menyusukan Arif empat tahun yang lepas. Kali terakhir Mek ila mengalami bengkak susu semasa menyusukan Arif ialah kira-kira seminggu selepas proses cerai susu atau wean off dibuat. Bengkak susu akan menyebabkan payudara ibu menjadi keras, berdenyut-denyut dan terasa sangat sakit apabila disentuh. Ianya juga boleh menyebabkan ibu demam panas secara tiba-tiba.

    Bengkak Susu Amat menyakitkan

    Berdasarkan pengalaman Mek ila  sendiri, harus kita fahami bahawa bengkak susu bukanlah disebabkan oleh susu yang penuh ( tidak dikeluarkan dan akhirnya tersumbat) semata-mata, ia juga boleh juga berlaku disebabkan oleh pelekapan yang tidak betul ketika bayi menyusu .

    Kebanyakan ibu akan mengalami masalah bengkak susu pada awal kelahiran bayi iaitu sekitar usia bayi 1-2 minggu. Ini adalah perkara yang normal dan bersifat sementara dan akan hilang apabila proses ‘demand and supply’ bagi susu ibu telah kembali normal. 

    Perbezaan di antara duct (saluran air susu) yang normal dan tersumbat




    Punca Utama Bengkak Susu
    Ketika bayi dilahirkan, saiz perut bayi adalah sebesar buah ceri dan susu yang diperlukan pula adalah sangat sedikit iaitu kira-kira 5-7ml untuk sekali penyusuan. Saiz perut dan keperluan susu ini akan mula bertambah mulai hari ketiga dan meningkat lagi ketika hari ke tujuh selepas kelahiran dan seterusnya. Rangsangan dan hisapan daripada bayi di peringkat awal akan menyebabkan payudara menghasilkan lebih banyak susu badan untuk menampung keperluan bayi. Bengkak susu pada ketika ini terjadi apabila susu yang dihasilkan melebihi keperluan sebenar bayi. Namun ada juga ibu-ibu yang tidak mengalami bengkak susu tetapi merasa payudara mereka sedikit penuh.

    Saiz Perut Bayi dan Jumlah Susu Yang Diperlukan. Kredit: ratuhati.com

    Penyebab Lain

    Masa penyusuan yang tidak teratur
    Masa penyusuan yang tidak teratur juga boleh menyebabkan bengkak susu berlaku. Sebagai contoh bayi biasanya menyusu setiap 2 jam sekali. Tetapi ada kalanya boleh juga menganjak sehingga 3 – 4 jam terutamanya jika bayi tidur lena. Jadi sangat penting sebenarnya untuk kita menyusukan bayi dalam selang masa yang agak tetap. Selain itu, amat penting juga untuk kita memberikan susu kepada bayi melalui kedua-dua belah payudara. Jika pemberian susu dibuat melalui sebelah payudara sahaja dalam tempoh yang lama, yang sebelah lagi memang boleh bengkak dan akhirnya boleh menyebabkan pengeluaran susu menjadi tidak seimbang.

    Tidak Berdisiplin Dalam Mengepam
    Sama seperti penyusuan yang tidak teratur, proses memerah susu yang tidak dijalankan dalam masa yang tetap juga boleh menyebabkan bengkak susu berlaku. Bagi ibu-ibu yang berkerja, amat penting sebenarnya bagi mereka memerah susu dalam waktu yang sama setiap hari untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan. Tidak berdisiplin  atau skip waktu mengepam boleh menyebabkan payudara menjadi penuh dan bengkak apabila dikeluarkan terlalu lambat daripada waktu yang sepatutnya.


    Bayi tidak menyusu dengan betul

    Biasanya ini terjadi kepada baby yang baru baru lahir atau apabila ibu kurang cekap untuk menyusukan bayinya dalam posisi yang berbeza. Sebagai contoh, ketika Arif berusia dua bulan Mek ila ada membawanya keluar berjalan-jalan sekejap di dalam kereta. Sebagai ibu baru, memang agak kekok untuk saya menyusukannya di dalam kereta. Sudahnya Arif menyusu dengan latch /pelekapan yang tidak betul dan malamnya memang Mek ila kena bengkak susu yang amat sangat.



    Antara Tips Mengelakkan Bengkak Susu

    • Pakai baju dalam yang sesuai dengan payudara anda. Pastikan ianya tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Pilihlah baju dalam yang sesuai untuk ibu menyusu dan sentiasa memakainya walaupun pada waktu malam.
    • Susukan bayi mengikut keperluan dan dalam tempoh masa yang tetap. 
      • Kejutkan bayi sekiranya bayi tidur melebihi 3 jam.
      • Susukan bayi dengan kedua-dua payudara setiap kali menyusu.
      • Setelah bayi mengosongkan payudara yang pertama, tawarkan payudara yang sebelah lagi.
    •  Berdisiplin dalam mengepam. Aturlah jadual di pejabat agar anda boleh memerah susu pada waktu yang hampir sama.

    Antara Tips Merawat Bengkak Susu
    Berikut adalah beberapa tips dalam merawat bengkak susu yang selalu Mek ila amalkan iaitu:-


    1) Tuam payudara dengan tuala panas (tuala yang direndam dengan air suam)
    2) Urut sedikit di bahagian saluran yang membengkak menghala ke puting.
    3) Jika masih membengkak, sikat payudara yang bengkak menghala ke puting perlahan-lahan
    4) Marmet bagi membantu pengeluaran susu yang tersumbat
    5) Perah susu menggunakan pump. Cara 4 & 5 ini saya buat berulang kali hingga payudara menjadi lembut dan semua susu yang tersumbat dapat dikeluarkan.
    6) Cara 4 & 5 ini boleh digantikan dengan penyusuan terus kepada bayi. Jangan lupa, bayi anda adalah pum susu yang terbaik.

    Mommy, I’m the best breast pump 🙂

    Bagi mengelakkan payudara semakin membengkak dan boleh menyebabkan komplikasi lain, pastikan bengkak susu dirawat dengan segera dan jangan tunggu hingga kedatangan bekalan susu yang seterusnya.

    Tips Lain
    Berikut adalah beberapa tips lain yang Mek ila  perolehi di internet.

    1)  Tekapkan daun kobis pada payudara untuk melembutkan dan menghilangkan bengkak. Cara ini tidak boleh dipraktikkan selalu kerana ia boleh mengeringkan susu.

    2)  Ambil sedikit cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu di  sekeliling payudara tetapi bukan di bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada bengkak lagi.

    3)  Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas api yang kecil. Tekapkan pada buah payudara apabila telah suam. Selain dari melancarkan pengeluaran susu,  ia juga mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.

    Selamat Menyusukan Bayi & Jumpa Lagi.

    Salam Sayang;

     

    (Visited 745 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: ,

    4 thoughts on “6 Teknik Atasi Bengkak Susu Yang Boleh Dibuat Segera Di Rumah

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge